Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini mendakwa bahawa
penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda tidak bersalah dalam kes
pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Balasubramaniam (kanan, tengah) membuat kesimpulan tersebut kerana
beliau masih berkhidmat untuk Abdul Razak sehingga 26 Oktober 2006 untuk
menghalang Altantuya daripada mengganggunya. Altantuya hilang pada 19 Oktober 2006."Dia tidak ada kaitan dengan kes ini ... pada saya, orang ini tidak
bersalah," kata Balasubramaniam dalam sidang akhbar di London hari ini.
Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat dengan dua anggota polis -
cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar - dalam
pembunuhan Altantuya pada 31 Oktober 2008. Azilah dan Sirul telah
dijatuhi hukuman mati atas kesalahan tersebut. Abdul Razak sebelum ini merupakan teman karib timbalan perdana menteri
dan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sidang akhbar hari ini, yang bermula pada jam 11 pagi (7 malam waktu
Malaysia), pada awalnya dirancang untuk membincangkan isu-isu yang
dibangkitkan dalam wawancara dijadualkan antara Balasubramaniam dengan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Walaupun wawancara itu dibatalkan secara tiba-tiba oleh SPRM, tetapi
Balasubramaniam dan para peguamnya meneruskan dengan sidang akhbar
tersebut untuk menyatakan peranannya sebelum dan selepas kehilangan
Altantuya.
Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa dia akan bertemu dengan pihak
berkuasa Perancis pada 12 Julai, yang akan menyoalnya mengenai dakwaan
rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dari syarikat Perancis,
DCN. Bulan lalu, pihak berkuasa Perancis mula menyiasat DCN berhubung dakwaan
pembayaran komisyen dalam beberapa urusniaga pembelian senjata, yang
tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis.
Sumber Asal dan Berita Penuh:
http://www.malaysiakini.com/news/136714
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"