create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

25 January 2011

Anuar Manan Banggakan Malaysia

SELEPAS Mohd Harrif Salleh, giliran seorang lagi pelumba Terengganu ProAsia Cycling Team (TSG), Anuar Manan menjejakkan kaki di podium pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011), semalam.



Biarpun sekadar menduduki tempat ketiga pada perlumbaan peringkat kedua, Anuar yang juga Raja Pecut 2010 boleh berbangga kerana berjaya menyarung Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia.

Bagi Anuar, kejayaan merampas Jersi Putih daripada pelumba sensasi pasukan kebangsaan Korea Selatan, Park Sungbaek dianggap sebagai satu bonus.

“Sasaran awal saya adalah untuk meraih Jersi Biru (Raja Pecut), tapi kejayaan menyarung Jersi Putih ini sudah boleh dikira baik kerana ia bukan sasaran sebenar. “Saya gembira kerana sekurang-kurangnya dapat menyarung satu jersi selepas gagal melakukannya pada perlumbaan peringkat pertama di Langkawi semalam (kelmarin),” katanya pada sidang media semalam.

Mengulas saingan semalam, Anuar berkata, dia bernasib baik kerana tidak terbabit dengan beberapa kemalangan yang berlaku khususnya pada penghujung perlumbaan.

“Hari ini (semalam) banyak kemalangan dan saya agak sedikit takut. Situasi itu menyebabkan saya kehilangan banyak tenaga kerana perlumbaan tidak begitu lancar.


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: