31 January 2011

Melaka dilanda Banjir

MELAKA 31 Jan. – Banjir di Melaka meragut mangsa pertama hari ini di Jasin sementara 2,714 mengsa dipindahkan di 26 pusat pemindahan di ketiga-tiga daerah di Melaka sehingga empat petang ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata mangsa yang dipindahkan terdiri daripada 616 keluarga di daerah Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Seramai 1,275 mangsa dari 330 keluarga dipindahkan di Jasin di 15 pusat pemindahanan, 1,390 mangsa dari 278 keluarga di Alor Gajah di 10 pusat pemindahan dan 49 mangsa dari lapan keluarga di Melaka Tengah di satu pusat pemindahan.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam berkata, mangsa yang ditemui lemas ialah Yusry Mohd Yusof, 40, seorang pengawal keselamatan di Loji Air, Kg Chinchin, di Jasin.

"Mangsa dilaporkan terjatuh ke kolam itu pada pukul 10 pagi ini dan polis dengan bantuan orang ramai, pasukan bomba dan penyelamat menemui mayat mangsa pada kira-kira 1.30 tengahari,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya mangsa tinggal berdekatan dengan tempat kerjanya. Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata antara kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Asahan, Selandar, Batang Melaka, Tehel, Melaka Pindah dan Lipat Kajang.

"Mangsa mula dipindahkan ke pusat pemindahan sejak petang semalam dan malam tadi,” katanya. Menurut beliau air di kawasan terbabit naik antara 0.2 meter hingga 0.4 meter ekoran hujan renyai dan kadang kala lebat yang turun di negeri ini sejak dua hari lepas.

Beliau berkata kerajaan negeri telah membuka bilik gerakan banjir yang beroperasi 24 jam di Kota Cemerlang, Air Keroh di sini dan boleh menghubunginya di talian 06-2333333.
- Bernama

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

1 Motivasi:

Aby Tukang Download said...

semoga banjirnya cepat selesai

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: