create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

13 February 2011

Minggu keharmonian antara agama sedunia disambut

PUTRAJAYA 13 Feb. – Malaysia buat pertama kalinya meraikan sambutan ”Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia” bulan ini seperti yang disaran oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan menyediakan pelbagai program di seluruh negara termasuk sesi ramah mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin-pemimpin agama di sini, esok.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan berkata, kesudian Perdana Menteri untuk meluangkan masa menghadiri program itu membuktikan beliau komited untuk merungkai isu-isu keagamaan dalam negara secara berhemah demi kesejahteraan rakyat pelbagai kaum.

"Sambutan ini yang turut dipersetujui Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian di antara Penganut Agama, merupakan satu platform untuk memberi signal kepada pihak agama bahawa kerajaan mengambil berat soal ini,” katanya di sini hari ini.

"Ia juga selari dengan kenyataan Perdana Menteri di PBB sebelum ini yang beliau tidak mahu wujudnya kumpulan-kumpulan militan yang agresif dan ekstrem yang boleh mengancam perpaduan dan keselamatan negara,” tambahnya.

”Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia” merupakan idea Raja Jordan Abdullah II dan Puteranya, Ghazi Muhammad yang menjadi Utusan Peribadi serta Penasihat kepada Raja Abdullah II pada Perhimpunan Agung PBB ke-65 di New York tahun lepas.

Idea yang diketengahkan kemudiannya menjadi resolusi yang diterima pakai PBB untuk disambut pada minggu pertama Februari setiap tahun di negara-negara anggota. – Bernama

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

2 Motivasi:

ATikah Mustapa said...

semoga hal ini akan menjadi terus menerus dalam masyarakat kita

kay_are said...

ade minggu yang camni? x pernah tau.. ni info baru ni.. thanx share!

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: