Misteri "Selangor Terkini" Hampir Terjawab
Teka teki siapa di belakang akhbar "haram" Selangor Terkini hampir terjawab. Walaupun dinafikan oleh UMCO Selangor, namun ada ADUN UMCO yang "kurang cerdik" mengaku secara terbuka memiliki dan mengedarkan akhbar tersebut.
Teka teki siapa di belakang akhbar "haram" Selangor Terkini hampir terjawab. Walaupun dinafikan oleh UMCO Selangor, namun ada ADUN UMCO yang "kurang cerdik" mengaku secara terbuka memiliki dan mengedarkan akhbar tersebut.
Sebelum itu, berita fasal laporan polis tentang akhbar tersebut ada diperihalkan di sini.
Berdasarkan laporan KD, kerajaan Selangor menggesa Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan perundangan dikenakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus yang secara terbuka mengaku memiliki dan mengedar akhbar haram, Selangor Terkini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada kenyataan media, berkata pihaknya sudah mengirim surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk berbuat demikian kerana perbuatan Shukor menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar kalendar beliau bersama-sama dengan Selangor Terkini yang didapati mengguna logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran.
Anda mungkin dapat meneka kesudahan kes ini!
P/s: Laporan polis sudah dibuat, ada pula ADUN UMCO yang mengaku memiliki dan mengedar, bila mahu dakwa?
Sumber
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"