create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

3 April 2011

Seri Bayu Meninggal Dunia

Penulis Lirik Seri Bayu Meninggal Dunia

PORT DICKSON, 3 April - Penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, meninggal dunia Sabtu di Hospital Port Dickson selepas menderita sakit saraf selama enam tahun.

Menurut sahabat baik penulis lirik itu, Azmi Zahari, Allahyarham meninggal pada 8.15 malam akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

"Beliau dimasukkan ke hospital di sini kerana semasa kejadian, Seri Bayu tinggal bersama abang angkatnya di Kampung Teluk di sini. Sebelum ini, Allahyarham dijaga oleh adik angkatnya di Serdang," kata Azmi yang juga Exco Pertubuhan Insan Prihatin kepada Bernama.

Allahyarham yang berasal dari Singapura akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Kampung Teluk di sini, selepas waktu Zuhur pada Ahad.

Seri Bayu pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali dan dikurniakan lima anak dengan isteri pertama.

Beliau pernah mencipta lagu untuk Jamal Abdillah dan Anita Sarawak.

-- BERNAMA
 


"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI ~LRBIH TINGGI DARI HARGA KEDIA BESI BURUK">

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: