Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia
2014 Zon Asia walaupun kalah 2-3 kepada Taiwan pada perlawanan kedua di
Stadium Taipeh, Taiwan, Ahad malam.
Malaysia, yang mengalah Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium
Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu, melangkah ke pusingan seterusnya dengan
peraturan gol di tempat lawan selepas terikat agregat 4-4.
Kejayaan skuad Harimau Malaya itu membolehkan anak buah Datuk K.
Rajagobal bertemu Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan
pertama di republik itu pada 23 Julai ini.
Perlawanan timbal balik dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 28 Julai ini.
Singapura mendapatkan 'bye' pada pusingan pertama kelayakan zon Asia.
Pada perlawanan malam ini, Malaysia bermula dengan rentak agresif dan
gerakan teratur membuahkan hasil seawal minit ketujuh menerusi Mohamad
Aidil Zafuan Abd Radzak.
Mohamad Aidil melakukan rembatan kencang dari sepakan percuma hampir
dari kawasan tengah padang selepas kapten pasukan, Safiq Rahim dikasari
pemain lawan.
Tersentak dengan jaringan awal tersebut, Taiwan menggandakan asakan dan
memperoleh jaringan penyamaan menerusi penyerangnya, Chang Han pada
minit ke-30 yang mengalahkan penjaga gol negara, Mohd Sharbinee Allawee
Ramli.
Bagaikan tidak mahu tunduk dengan keputusan 1-1 itu, Malaysia terus
melancarkan serangan ke kubu lawan dan berjaya mendapatkan gol kedua
negara selang sembilan minit kemudian menerusi hasil sepakan percuma
Safiq Rahim.
Kegembiraan Malaysia bagaimanapun tidak kekal lama apabila Taiwan
dihadiahkan sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh pemain tengah,
Chen Po Liang pada minit ke-43 akibat kealpaan pertahanan dengan Mahali
Jasuli mengasari Chen dalam kotak penalti.
Pada babak kedua, Taiwan mula menukar corak permainan dengan melancarkan
serangan bertali arus sekaligus memberi tekanan kepada benteng
pertahanan negara.
Benteng pertahanan negara dan penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee
bagaikan terus diuji bertalu-talu dan Taiwan sekali lagi dihadiahkan
sepakan penalti kali kedua oleh pengadil apabila Mohamad Fadhli Mohd
Shas mengasari Chen namun Mohd Sharbinee berjaya menyelamatan sepakan
penalti oleh Chen pada minit ke-61.
Bagaimanapun kelegaan sementara tersebut bertukar tragedi apabila
pengadil Vietnam itu sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti kali
ketiga kepada tuan rumah gara-gara Mohd Sharbinee Allawee didakwa
mengasari Chen.
Xavier Tsan Yuan pantas memanfaatkan peluang tersebut untuk jaringan ketiga tuan rumah pada minit ke-74.
Bagaikan tersentak dari lamunan, skuad Harimau Malaya bangkit mencari
penyamaan dengan membuat serangan namun corak permainan Taiwan yang
banyak bertahan selepas gol ketiganya tidak membuahkan gol buat pasukan
negara.
Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia
sejak pertama kali beraksi dalam pusingan kelayakan pada 1974 untuk
kejohanan di Jerman.
Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Motivasi:
tahniah Malaysia,dapat mara ke step seterusnya
tapi tadi ref macam berat sebelah je kan...
jom baca entri baru
http://azrijohan.blogspot.com/2011/07/kereta-masih-berkilat-walaupun-lepas.html
tahniah Malaysia! lagi info tentang bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"