Amme Complete Rahsia Kekal Jelita, Ramping Menawan Selepas Bersalin
Mengikut perubatan perbidanan dan Ayurveda, wanita selepas bersalin
akan mengalami darah beku atau darah meroyan (blood poisoning) yang amat
merbahaya di mana virusnya akan membunuh hormon wanita yang akan
menyebabkan kurangnya hormon estrogen dalam badan. Ini akan menyebabkan
wajah seseorang itu menjadi pucat dan lesu. Kemurungan selepas bersalin
juga disebabkan penjagaan di dalam pantang yang tidak betul sehingga
menyebabkan meroyan. Penjagaan selepas bersalin amat penting kerana
dalam tempoh ini badan yang dahulunya mengembang akan mula mengecut dan
ini merupakan waktu yang terbaik untuk menguruskan badan. Dengan
penjagaan yang betul badan juga akan lebih segar dan bertenaga selepas
selesai sahaja tempoh berpantang.
Pakej Amme Complete dari Sendayu Tinggi merupakan
produk lengkap untuk ibu-ibu selepas bersalin selama 60 hari. Pantang
masyarakat Melayu adalah selama 45 hari. Tetapi pakej lengkap bersalin
Ammy Complete dengan gabungan Perbidanan & Ayurveda disarankan
pengambilannya selama 60 hari agar badan lebih bertenaga selain lebih
langsing. Pakej lengkap ini amat mudah digunakan terutama bagi mereka
yang pertama kali bergelar ibu. Ia memberikan penjagaan menyeluruh dari
hujung rambut ke hujung kaki dalam penjagaan kesihatan dalaman dan
luaran. Bagi yang pertama kali menggunakan pakej ini pastinya merasai
perbezaannya yang ketara. Ia terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu
dalaman dan luaran iaitu Penjagaan Dalaman (6 unit) dan Penjagaan
Luaran (5 unit)
Penjagaan Luaran Ketika Berpantang
Amme Heat
Khasiat Amme Heat- Digunakan secara luaran bagi wanita selepas melahirkan anak sebagai minyak berangin, melembap dan menyegarkan badan.
- Mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit sendi.
- Sesuai juga untuk orang tua yang sakit urat dan sendi.
- Sapukan pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stokin.
Amme Massage
Khasiat Amme Massage- Digunakan secara luaran bagi wanita selepas melahirkan anak sebagai minyak berangin, melembap dan menyegarkan badan.
- Digunakan untuk mengurut tubuh dan memeberikan ketenangan pada badan dan sendi
- Membantu melegakan ketegangan otot dan membetulkan urat-urat selepas bersalin.
- Melancarkan perjalanan darah, menghaluskan kulit, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan.
- Campurkan Ammy Heat sedikit di dalam Ammy Massage sebelum membuat urutan.
Baby Telon (Minyak Bayi)
Khasiat Baby Telon (Minyak Bayi)- Digunakan secara luaran bagi bayi dan kanak-kanak sebagai minyak berangin, menyegarkan dan melembapkan kulit.
- Bersifat seperti losyen dan tidak berminyak. Ia memberikan kelembutan dan ketenangan pada bayi.
- Formulasi dari herba terpilih yang tidak panas dan sesuai digunakan oleh bayi.
- Membantu mengatasi masalah kembung perut, selsema, melegakan batuk.
- Picit sedikit dan gosok Baby Telon hingga rata pada tapak tangan anda sebelum disapu pada perut, dada dan belakang bayi.
Tummy Tone
Khasiat Tummy Tone- Digunakan untuk membantu menghaluskan dan mencantikkan kulit wanita selepas bersalin terutamanya di bahagian perut dan paha.
- Berfungsi melangsingkan otot perut yang kembang.
- Mengeluarkan darah beku yang menjadi punca perut buncit.
- Menghilangkan kesan rekahan pada bahagian perut selain bertindak untuk memutihkan kulit.
- Campurkan 2 sudu Tummy Tone dengan air limau nipis/cuka bersama air.
- Kemudian sapu pada bahagian perut dan boleh memakai bengkung selepas kering. Bagi kulit sensitif, sapu dengan tipis dengan menggunakan air sahaja.
- Jika iritasi berterusan, hentikan penggunaan tetapi teruskan pengambilan kapsul Amme Complete.
Body Tone
Khasiat Body Tone- Digunakan secara luaran untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati, menghaluskan dan mencantikkan kulit badan. Ia diperbuat daripada herba unik seperti buah cermai, kayu cendana dan kulit kuning.
- Membantu mengembalikan kecantikan asal tubuh, mengelakkan sembab, mencegah dari angin masuk ke tubuh dan kulit berkedut selepas bersalin.
- Memastikan badan sentiasa segar selain berfungsi menanggalkan daki serta mencerahkan kulit.
- Campurkan 2 sudu Body Tone dengan air mawar/air biasa dan gaul sekata.
- Digunakan sebagai pilis pada dahi dan badan.
- Sapukan pada lengan, paha dan belakang badan sebelum memakai bengkung.
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"