create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

15 March 2011

Pangkat Sarjan Jika Ada Diploma

Mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan diploma akan ditawarkan pangkat Sarjan jika menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di masa depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata ia merupakan skim baru untuk PDRM menarik minat anggota masyarakat terutama golongan muda menyertai pasukan tersebut.

"Ini salah satu skim baru yang akan kita perkenalkan iaitu kelulusan minima untuk masuk dalam perkhidmatan polis bagi pangkat Sarjan ialah diploma.

"Menerusi skim baru ini juga, kenaikan pangkat juga akan lebih cepat. Kita mempermudahkan, umpamanya Konstabel untuk naik ke pangkat Koperal, Insya-Allah dalam masa lima tahun. Kalau dulu ada sampai 10 tahun, 15 tahun ada yang pencen pun masih Konstabel lagi.

"Begitu juga pangkat-pangkat lain. Kita nak ubah (skimnya)," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pemakaian pangkat Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini pada Sabtu.

Ismail juga berkata PDRM memerlukan para pegawai yang bertenaga serta berpengetahuan tinggi dalam penyiasatan agar kualiti siasatan sesuatu kes lebih efektif.

"Skim baru ini diperkenalkan selaras dengan hasrat PDRM mensasarkan kekuatan anggota seramai 150,000 orang menjelang 2015," katanya.

Di majlis tersebut, lima kakitangan UMT dengan diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Yahaya Ibrahim menerima pangkat daripada Ismail.

Kor Suksis UMT yang secara rasmi ditubuhkan pada 24 Julai 2006 mempunyai keanggotaan *** orang pelajar dan daripada jumlah tersebut seramai 70 orang telah ditauliahkan.

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

3 January 2011

Polis Selangor buat rondaan rumah ke rumah tahun ini

SHAH ALAM: Polis Selangor akan memulakan rondaan dari rumah ke rumah bagi memastikan negeri itu bebas daripada jenayah, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Beliau berkata, strategi baru membanteras kejadian jenayah itu dijangka dimulakan minggu depan.

"Melalui cara ini, anggota polis akan diagih mengikut daerah dan kawasan dan mereka akan mengetuk pintu dari rumah ke rumah untuk memastikan keselamatan rumah di bawah pengawasan mereka berada dalam keadaan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, hari ini.

Tun Hisan berkata, anggota polis terbabit akan membawa satu kad pengenalan diri berwarna biru yang mengandungi maklumat anggota terbabit yang akan ditunjukkan kepada penghuni rumah yang dilawati mereka.

"Tujuan strategi baru ini juga adalah untuk merapatkan hubungan kemesraan antara polis dengan masyarakat," katanya. - BERNAMA 
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

23 June 2010

World Cup 2010 Illegal Betting Held by Malaysian VIP Bookies

Tengok tajuk pun dah tau kan? kalau kurang faham..dalam bahasa melayu nya Perjudian haram untuk world cup dianjurkan VIP..itulah tajuknya. Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat pelbagai serbuan dan tangkapan melibatkan wang pertaruhan bernilai hampir 300 juta. 


Tujuh penganjur dari kalangan VIP dan kenamaan dikatakan terlibat telah melarikan diri ke luar negara. Begitu pantas mereka lari..ini dah kena mintak bantuan Interpol..Sindiket sedunia ni...
yang kesiannya, kebanyakan 129 orang  yang ditangkap terlibat dalam sindiket pertaruhan sukan ini termasuklah golongan pelajar...aduh..apa sudah jadi.

Sindiket perjudian haram ini atau sportdilakukan secara offline dan online...world cup yang berlangsung empat tahun sekali menjadi medan kaki judi berpesta mengaut keuntungan berpuluh-puluh juta.


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: