Salam kepada rakan Bloggerku semua yang disayangi. Tak kira lelaki atau perempuan mahupun BenNyah..semua aku layan sama rata..al-maklumlah, aku Blogger baru, kenalah layan semua rakan-rakan Blogger yang memang banyak berjasa...aku dah anggap macam adik-beradik Blogger ni semua...Tapi kalau dah otai nanti..korang doakan aku supaya jangan lupa diri dan menongkat langit ya kerana masih ramai lagi Blogger lama yang perlu aku kenal demi mencapai cita-cita bergelar "Blogger Tegar".Tapi Blogger tetap Blogger, pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Siapa sutuju? angkat tangan....
Sebut pasal Blogger Tegar ni, baru aku teringat peristiwa minggu lepas di mana kalau korang perasaan ada sebuah entri aku yang tajuk agak kasar sikit...oklah..itu semua salah faham, pihak yang melemparkan "bad word" tersebut telah pun mengakui dan meminta maaf secara terbuka kerana beliau tersalah tafsir ayat ini "Apa beza Blogger Tegar dan Blogger Tegang?". Tutup kes ni.
Sebenarnya, hampir seminggu aku cuba kutip maklumat ni dari rakan Blogger dan juga memerah otak untuk menghasilkan entri berbaur perkauman macam ni...harap-harap tidaklah yer...alah entri ni sekadar pandangan aku sahaja..pasti akan ada yang terasa dan pasti akan ada yang terluka..adatlah...Blogger pun manusia juga tetapi setiap Blogger perlu ada identiti dan buah tangan yang "Masterpiece". Biar kesan dan jejak melekat lama sikit.
Siapa Sebenarnya Blogger Tegar?
"Blogger Tegar" atau dalam kata lainnya "Blogger Terus Gegar". memang susah nak jumpa, kalau adapun 1 dalam 1000. Tapi kalau nak jumpa Blogger Membebel memang ramai dan Blogger jenis ini ada diketuai oleh seorang Presiden yang menamakan diri beliau Ben Ashaari dengan Tagline "Jangan Bagi Aku Membebel" Ben jangan marah yer...ada masa nanti aku belanja makan kat Putrajaya Terminal. eh..siapa sebenarnya Ben Nyah tu?
Ciri-ciri Blogger Tegar bolehlah disimpulkan seperti ini: