create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

20 December 2010

Pengguna Facebook Kini Bertambah Kreatif



MUKA SURAT artis Perancis, Alexandrea Oudin di laman Facebook kelihatan unik hasil daripada perubahan yang dilakukan oleh pengendali laman berkenaan.

PARIS
- Profil bercorak artistik mula muncul di laman jaringan sosial Facebook selepas sejumlah pengguna mendapati reka bentuk baru itu boleh digunakan untuk menghasilkan imej yang bergaya, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang artis Perancis, Alexandre Oudin dipercayai merupakan pengguna pertama Facebook yang memuat naik gambar mukanya supaya ia kelihatan berpecah-pecah dan bertampal-tampal di laman berkenaan.

Facebook menambah baik profilnya pada awal bulan ini dengan menawarkan paparan visual lebih menarik kepada pengguna dengan tumpuan diberikan pada gambar penggunanya dan rakan masing-masing serta imej muzik selain filem kegemaran mereka.

Hasil kerja kreatif Oudin itu seiring dengan peraturan Facebook yang tidak membenarkan laman web berkenaan digodam.

Pengguna yang mahu menggunakan reka bentuk kreatif itu cuma perlu mengubah susun atur gambar mereka di dinding Facebook. - Agensi 


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

1 June 2010

MillatFacebook Satu Pembaziran

Kenapa perlu ada MillatFacebook? bukan ke kita sudah biasa guna Facebook? facebook ada beratus juta ahli. semua dah ada di facebook. Terkenal di serata dunia laman rangkaian sosial terbesar di dunia. Kenapa kita nak pilih MillatFacebook yang kita tidak kenal lagi siapa pemilik, apa tujuan dan objektif. Apakah sekadar propaganda Israel  sahaja. Kenapa kita mudah percaya dengan propaganda dan mainan jahat puak zionis. Facebook menjanjikan pelbagai kemudahan dan juga ruang untuk kita semua melalukan jaringan perniagaan yang terjamin. Sedangkan MillatFacebook yang ahlinya dalam sekitar 125,000. Membazir masa dan waktu saja join MillatFacebook.

Nanti dulu...Tajuk dan perenggan pertama entri ini memang boleh membuatkan pembaca serta rakan blogger bengang dan marah pada remedy. Sabar..Ini semua satu perang psychology dari remedy. MillatFacebook bukanlah satu pembaziran. tujuan asal penubuhan MillatFacebook adalah bagi menjadi lidah serta suara masyarakat muslim seantero dunia untuk mengutuk aktivi "Everybody Draw Muhammad Day" yang secara terangan menghina Nabi Muhammad S.A.W. 

Persoalan di sini, apakah kita sudah bersedia meninggalkan Facebook? ada sesiapa yang boleh berikan pendapat atau jawapan? remedy sendiri menyokong penubuhan MillatFacebook dan telah berdaftar sebagai member. tapi masih juga terus menggunakan facebook. Pada sesiapa yang ingin delete akaun facebook boleh guna link di bawah. cepat dan mudah.
http://personalweb.about.com/od/makefriendsonfacebook/qt/delete_facebook_account.htm?r=facebook



"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: