create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Forex broker. Show all posts
Showing posts with label Forex broker. Show all posts

16 March 2011

Forex Profit System Analysis

Manual Forex Profit system,

1. Basic Rules : bbands stop, heiken Ashi dan SEFC084
mestilah same dlm satu direction atau trend, jika salah satu dr basic rules tidak cukup maka kebarangkalian untuk mendapatkan false signal sangat la tinggi

2. Forex Profit System sesuai untuk semua pair tetapi untuk mendapatkan ketepatan sehingga 80%, anda hendaklah mengubah input calculation time pada indicator SEFC084 di window #1, antara pair yang telah diuji adalah seperti dibawah :-

* GBPJPY --> input tukar kepada 27 dan hanya sesuai pada TF30M

* EURJPY --> input tukar kepada 27 dan sesuai utk TF30M

* USDJPY --> input tukar kepada 27 dan sesuai pada TF30M

* GBPUSD --> input tukar kepada 27 dan sesuai pada TF30M

* EURUSD --> input tukar kepada 27 dan sesuai pada TF30M

* USDCHF --> input tukar kepada 27 dan sesuai pada TF30M

3. Take Profit : 20pips dan Stop Loss : 40pips atau hold position sehingga bband stop muncul.
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

29 January 2011

Tanggapan Yang Salah Mengenai Forex: Part 1

Tanggapan 1 : Jika saya tahu bermain saham, maka saya juga tahu bermain forex

Jika sebelum ini anda mempunyai pelbagai pengalaman & teknik bermain saham dan anda cuba mengaplikasikan ilmu anda bermain saham ke trading forex anda, maka anda silap. Tidak seperti saham,pasaran forex lebih kompleks. Ini kerana pasaran forex buka 24 jam sehari dan ini menyebabkan kecairan yang sangat-sangat tinggi ke atas forex berbanding saham. Contohnya jika saham, ada tempoh masa naik ataupun turun dalam masa yang panjang. Tetapi forex bila-bila masa sahaja pasaran boleh naik ataupun turun tanpa ada jangka masa.

Ramai trader yang mengangap trading forex semudah seperti bermain saham kerana pasaran forex buka 24 jam sehari. Mereka fikir, bila-bila masa sahaja boleh buat duit melalui forex tanpa menghiraukan risiko yang bakal mereka tanggung. Untuk trading forex, anda perlu mempunyai pengetahuan yang dalam tentang pasaran. Anda perlu tahu masa yang sesuai untuk trading di forex supaya dapat di selaraskan dengan strategi pasaran.

Selain itu, Indikator yang biasa anda gunakan di pasaran saham tidak semestinya boleh digunakan dipasaran forex. Pasaran forex lebih kompleks. Oleh itu, Indikator saham tidak boleh di gunakan ke atas trading forex.

Broker forex juga tidak sama dengan broker saham. Kemungkinan atas sebab peraturan forex yang longgar, kebanyakkan broker forex tidak memberikan servis atau layanan yang baik kepada trader. Ianya amat susah untuk mencari broker forex yang baik berbanding broker saham.


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

28 January 2011

Masa Yang Terbaik Untuk Melakukan Forex Trading

Walaupun pasaran forex di buka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu, seseorang trader tidak dapat menjangka bagaimanakah pergerakkan pasaran seterusnya. Tetapi ianya boleh dilakukan pada waktu yang menguntungkan sahaja. Jadi, pada waktu yang menguntungkan inilah yang perlu kita aplikasi segala strategi untuk trading.

p/s: Waktu yang dipaparkan adalah untuk waktu tempatan Malaysia (GMT +8) Waktu terbaik untuk melakukan trading adalah:

Sesi Pasaran Asia ( 8AM - 5PM)

Pada waktu ini, trading yang sesuai anda lakukan adalah matawang yang berkaitan "Yen". USD/JPY adalah pilihan pair yang terbaik untuk trading pada waktu ini. Pada waktu ini pasaran tidak serancak seperti sesi pasaran US dan Eropah, tetapi ianya tidak mustahil untuk mencapai trading yang menguntungkan pada ketika ini.

Sesi Pasaran Eropah ( 3PM - 1AM)

ni adalah waktu yang paling terbaik untuk melakukan trading bagi apa-apa pair yang berkaitan dengan EUR. Ini kerana pasaran Major akan di tutup pada waktu ini dan semestinya market akan bergerak ke satu arah sahaja.

Sesi Pasaran U.S. ( 9PM - 6AM)

Ini juga adalah waktu yang sesuai untuk melakukan trading khasnya untuk pair USD/CAD. Trend pasaran juga amat kuat pada ketika ini.

Selain itu, antara jam 9PM hingga 1AM, tempoh ini adalah waktu dimana dua sesi pasaran bertembung iaitu pasaran U.S. dan Eropah. Pair yang di cadangkan untuk sesi ini adalah GBP/USD yang mempunyai trend yang agak kuat pada ketika ini. Kebiasaanya tempoh ini adalah "Trend Up" bagi pair ini. Pada waktu ini juga kebiasaanya berita-berita ekonomi akan di keluarkan. Matawang GBP/JPY juga sesuai untuk trading pada waktu selepas pengumuman news,kebiasaanya selepas pukul 12AM dan ke atas.


Sekarang anda sudah mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk anda meningkatkan keuntungan di forex. Pada waktu tersebutlah anda harus mengaplikasikan segala strategi dan kajian yang anda miliki. Sebaiknya semasa anda membuat analisa, gunakan lebih daripada satu pair matawang kerana kebiasaanya ianya berkait rapat antara satu sama lain contohnya:

- GBP/JPY | GBP/USD | USD/JPY | EUR/JPY (Bergerak satu arah)
- EUR/USD | USD/CHF (Bergerak bertentangan arah)

Yang penting sekali, apabila kita melakukan trading di forex,kesabaran dan displin adalah perkara nombor #1 yang harus anda patuhi. Buangkan ego anda semasa trading.

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

Tanggapan Yang Salah Mengenai Forex: Part 5

Tanggapan 5 : Strategi yang rumit dihasilkan, adalah strategi yang terbaik.

Ini adalah salah satu juga masalah yang berlaku ke atas trader kita. Mereka sering mencari jalan yang susah / rumit untuk menganalisa sesuatu chart dan menganggap keputusan yang dihasilkan melalui cara yang rumit itu adalah yang terbaik. Ini startegi salah!!

Strategi yang sebenarnya adalah hanya membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian kita ke atas Indicator yang simple. Tidak perlu memeningkan kepala.


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

Tanggapan Yang Salah Mengenai Forex: Part 3 dan 4

Tanggapan 3 : Di dalam forex tiada "trading fees". Maka, boleh buat trading banyak-banyak dalam satu hari

Sememangnya anda tidak perlu membayar komisen apabila membuka sesuatu posisi. Tetapi anda di kenakan spread iaitu perbezaan di antara harga bid & ask .Maka, semakin banyak anda membuka order atau trade, semakin susah
 
untuk anda mencapai keuntungan ke atas trade anda kerana anda akan di kenakan kadar spread yang tinggi. Di dalam pasaran forex dan juga pasaran lain, trader harus mengelakan diri daripada melakukan "Over-trading".



Tanggapan 4 : "Anda perlu bertindak berdasarkan ramalan yang akan berlaku ke atas pasaran forex."

Anda perlu bertindak samada "buy / sell" sesuatu matawang berdasarkan ramalan yang akan berlaku ke atas pasaran. Ini adalah tindakan yang SALAH sama sekali. Trader yang bijak, bertindak berdasarkan apa yang mereka nampak telah berlaku ke atas pasaran. Mereka akan analisis carta, membaca sesuatu laporan berita dan bertindak dengan segera mengikut pergerakkan pasaran. Berikut adalah laman web yang boleh anda lawati untuk melihat news yang bakal berlaku ke atas sesuatu matawang: 

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

Tanggapan Yang Salah Mengenai Forex: Part 2

Tanggapan 2 : Pasaran forex buka 24 jam sehari. Jadi saya boleh buat duit bila-bila masa sahaja

Sekali lagi ingin kami katakan, tanggapan ini adalah salah sama sekali. Di dalam usaha untuk membuat duit di forex, kesungguhan dan keperihatinan perlu tinggi. Walaupun pasaran forex di buka 24 jam sehari, namun majoriti pada waktu tersebut tidak boleh menghasilkan trade yang baik.

Maka di sebabkan itu trader yang bijak, adalah trader yang hanya trading pada waktu yang tertentu sahaja mengikut
strategi yang telah di tetapkan.


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

21 June 2010

Islamic Stock Exchange-No More Broker and Trader

Small Islamic Stock Exchage (SISE) atau Bursa Saham Islam akan menjadi alternatif di dalam dunia pelaburan antara Negara Islam. Persoalannya, Mampukah SISE ini bersaing dengan pasaran saham dunia yang sedia ada. Tanpa orang tengah (Broker dan Trader) mampukah SISE bersaing?


Apakah tujuan penubuhan SISE ini? tentunya sebagai alternatif kepada pelabur muslim dan juga non-muslim untuk melabur dan berurus niaga di bursa saham tanpa perlu menggunakan khidmat broker atau trader. Sekumpulan kecil 9 negara anggota OIC dijangka akan menyertai penubuhan SISE menurut bekas CEO BSKL, Dato' Salleh Majid. Malaysia akan jadi pelopor...mungkinkah?

Tiada orang tengah mean tiada kerja...betul ker? ke mana broker dan trader saham hendak pergi. diharap janganlah sampai melarat. kepada broker yang sudah berjinak dan sudah bergiat aktif dalam dunia Forex mungkin tiada kesan jika SISE ditubuhkan.

Semoga dengan penubuhan Small Islamic Stock Exchange ini akan memberi lebih manfaat kepada pelabur-pelabur yang beragama islam di dunia.

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: