create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Jadual Perlawanan. Show all posts
Showing posts with label Jadual Perlawanan. Show all posts

23 June 2012

Sampul Duit Raya Harimau Malaya Edisi 2012...tempahan dibuka sekarang

Assalamualaikum Followers dan Guest

Jangan pula ada yang kata Remedy Karung Guni sudah tidak betul..lama lagi nak sampai raya 2012 ni...

ingat tak thread sampul duit raya pada tahun lepas?


Baiklah, RKG tak perlu cerita pasal last year punya sambutan...pastinya anda sudah sedia maklum...pada puasa ke 18 saja stok sudah kehabisan.

Remedy Karung Guni open thread ini untuk dapatkan order awal daripada mereka yang berminat untuk menjual semula seperti last year...untuk yang nak beli satu set boleh order..

Paling menarik, untuk Edisi Khas kali ini pasti ada kelainan pada design, packaging, dan ianya lain dari yang lain....saya dah kaji market.


Salam Pembaca dan Pengunjung Blog yang disayangi.

Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma tidak lama

lagi..REMEDY KARUNG GUNI ingin menjual sampul duit raya

sebagai pelengkap majlis di hari raya.

Sampul Duit Raya ini terhad....

saiz 80mm x 155mm

Design:


Harga untuk 1 packet (10 keping) ialah RM5.00

Harga untuk Satu set (50 keping)- boleh campur 5 design ialah RM20.00

COD di Taman Puncak Jalil/Mc donald Taman Equine.

Kalau nak pos tambah RM6.00 utk satu set...

Contoh kiraan
(1 set siap pos RM26.00)
(2 Set Siap pos RM50.00)


 Bank in ke akaun: 

Maybank

1621-0648-9302

IRWAN BIN ALIF


CIMB

12550010238524

IRWAN BIN ALIF
 


Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan sampul duit raya edisi terhad ini boleh hubungi saya di 0166059088


atau email ke irwan_alif@yahoo.com

23 July 2011

Sejarah Harimau Malaya

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bergelar Harimau Malaya adalah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF Asean, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010.

Sejarah


Zaman kegemilangan


Pra Malaysia


Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.


Pasca Malaysia


Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia (Harimau Malaya). Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan para pemain ternama seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan, Zulkifli Norbit dan captain Abdullah Nordin. Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menawan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina di sepanjang perjalanannya. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.


Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.


Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.


Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu teruk sekali.


Zaman Kejatuhan


Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain untuk RC Strasbourg)dan Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.


Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin, tetapi populariti langganan TV juga melarikan kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung perlawanan tempatan ke perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.


Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-23 tahun telah memberikan sinar harapan apabila berjaya memenangi pingat emas untuk Malaysia selepas mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan underdog pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Dengan kemenangan ini, FAM telah menaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan.


Era Allan Harris


Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang beliau sangkakan.


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara. Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.


Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.


Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.


Era Bertalan Bicskei


Selepas pemergian Allan Harris pada tahun 2004, FAM telah mencadangkan seorang pengganti kepada Harris iaitu Bertalan Bicskei, bekas penjaga gol dan jurulatih kebangsaan Hungary, pada 1 Julai 2004. Jurulatih seperti Bob Houghton dan Dragoslav Stepanovic telah menjadi calon untuk mengisi tempat selaku ketua jurulatih pasukan Malaysia sebelum FAM akhirnya telah bersetuju mengambil Bicskei.


Bicskei telah membawa pasukan Malaysia meraih tempat ketiga pada Piala Tiger 2004, walaupun mempunyai satu pasukan yang dianggap "tidak cukup kuat" oleh media tempatan. Media tempatan tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Amri Yahyah dan Muhamad Khalid Jamlus, untuk diserapkan ke dalam skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, kedua-dua pemain yang dipilih Bicskei ini menunjukkan kemampuan mereka apabila Khalid berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak kejohanan di belakang penyerang Indonesia, Ilham Jaya Kesuma manakala Amri menjadi tonggak penting dalam kemenangan Malaysia ke atas Thailand dan Indonesia.


Semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang pada 8 Jun 2005, Bicskei telah melempar botol ke padang sebelum menerjah salah seorang pemain Singapura atas alasan cuba melindungi pemainnya dan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September 2005, kontrak Bicskei telah ditamatkan FAM. Ini kerana Bicskei cuba mendapatkan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk kemajuan pasukan Malaysia, tetapi FAM mempunyai pendapatnya sendiri.


Era Norizan Bakar


Norizan Bakar menjadi ketua jurulatih pasukan Malaysia selepas tamatnya kontrak Bertalan Bicskei. Sepanjang menjadi ketua jurulatih Malaysia, Norizan dikecam hebat oleh media tempatan atas kegagalan pada kejohanan yang disertai skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, Norizan sempat membawa Malaysia memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 2005 selepas menewaskan Indonesia 1-0 dan ke separuh akhir Piala ASEAN 2007, dimana Malaysia tewas menerusi sepakan penalti oleh Singapura. Jawatan Norizan selaku ketua jurulatih dilucutkan oleh FAM selepas persembahan memalukan skuad Malaysia pada Piala Asia 2007 dimana Malaysia tewas 1-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbekistan dan 0-2 kepada Iran.

8 July 2011

Jadual Penuh Perlawanan Malaysia dalam Kumpulan C

21 September
Jepun vs MALAYSIA

23 November
MALAYSIA vs Syria

27 November
MALAYSIA vs Bahrain

5 February
Bahrain vs MALAYSIA

22 February
MALAYSIA vs Jepun

14 March
Syria vs MALAYSIA

Tertakluk kepada pindaan dan perubahan.

8 February 2011

Malaysia Vs. Hong Kong


 VS


Skuad Harimau Malaya bakal bertarung sekali lagi dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang pasukan Hong Kong yang dijadualkan pada hari Rabu, 9 haribulan Febuari, pada jam 8.45 malam bertempat di Stadium Shah Alam.

Kita mungkin akan kehilangan aksi lincah Norshahrul Idlan Talaha gara-gara kecederaan yang menimpa beliau. Tempat beliau kemungkinan besar akan digantikan oleh Ahmad fakri Saarani yang bakal bergandingan dengan penyerang berbisa..Mohd. Safi Salee. Ini juga adalah perlawanan terakhir Safee bersama Malaysia kerana bakal terbang ke Indonesia pada 14 Febuari ini untuk beraksi bersama pasukan Liga Indonesia, Pelita Jaya FC.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket perlawanan ini boleh mula membeli bermula hari ini di Wisma FAM bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang..difahamkan harga tiket bernilai RM20 bagi semua tempat duduk.

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

16 June 2010

Latest Full World Cup Result: Spain 1-Switzerland 1

Final result keputusan perlawanan antara Brazil (Rangking 2 FIFA) dan Switzerland (Rangking 24) tidaklah memeranjatkan. Spain terpaksa bekerja keras untuk menembusi tembok pertahanan Switzerland yang terkenal kebal. Corak menyerang pemain Spain yang diterajui oleh striker berbisa David Villa dan perancang veteran Puyol gagal menembusi pintu gawang sehingga tamat masa pertama. Final Result Spain 1- Switzerland 1






Keputusan di atas adalah sekadar ramalan remedy....sehingga entri ini ditulis..spain sedang ketinggalan 1 berbalas 0 jom layan perlawan Spain vs Switzerland  

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

15 June 2010

Keputusan Perlawanan: Brazil 2- Korea Utara 0 (World Cup 2010 result)

Final result keputusan perlawanna antara Brazil (Rangking 1 FIFA) dan Korea Utara (Rangking 105) tidaklah memeranjatkan. Kemenangan Brazil memang sudah dijangka. Corak menyerang pemain Brazil memaksa pertahanan Korea Utara berhempas pulas menangkis serangan bertali arus dari penyerang Brazil. Kecekapan penjaga gawang Korea Utara harus dipuji kerana berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya. Keputusan penuh...Brazil 2- Korea Utara 0


                                                                                VS


Keputusan di atas adalah sekadar ramalan remedy....jom layan perlawan Brazil vs Korea Utara pukul 2.30 am ni....

Keputusan terkini.....Portugal 0- Ivory Coast 0 (yang ini memang betul............


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: