create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label PRK DUN Merlimau. Show all posts
Showing posts with label PRK DUN Merlimau. Show all posts

6 March 2011

Lelaki Y sekarang berada di Kerdau, jaga keselamatan diri, isteri dan anak lelaki anda

TEMERLOH: Kehadiran Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kerdau kelmarin disambut dengan kain rentang ‘Lelaki Y sekarang berada di Kerdau, jaga keselamatan diri, isteri dan anak lelaki anda’.

Tidak siapa tahu siapa yang bertanggungjawab menggantung kain rentang berkenaan dan ia ditemui di tiga lokasi berbeza iaitu di Plaza Tol Temerloh, Jambatan Kuala Krau serta sekitar Kerdau.

Bagaimanapun, kain rentang berkenaan tidak lagi kelihatan selepas petugas pilihan raya Pas bertindak menurunkannya sebaik menerima maklumat ia dipasang.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan negeri, Ahmad Nizam Hamid, berkata tindakan menggantung kain rentang yang mengejek dan memfitnah Anwar itu satu perbuatan biadap dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau bagaimanapun tidak bercadang membuat laporan polis berhubung kain rentang berkenaan kerana menganggap polis tidak akan mengambil sebarang tindakan.

“Kami tidak bercadang membuat laporan polis kerana tidak fikir polis akan mengambil tindakan berhubung perkara itu,” katanya.

Ahmad Nizam berkata, beberapa petugas Pas yang membuat rondaan menemui kain rentang berkenaan dan mengambil tindakan pantas menurunkannya.

Sementara itu, Ahmad Nizam turut mendakwa Anwar diserang kira-kira 30 individu yang bertindak membaling batu dan memukul kenderaan dinaiki pemimpin PKR itu selain dilemparkan dengan kata-kata kesat ketika dalam perjalanan masuk ke Felda Jengka 22, malam kelmarin.

“Kami akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana jelas melanggar etika bangsa malah bertentangan undang-undang. Pilihan raya ini sepatutnya dihadapi dengan semangat demokrasi,” katanya. 

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

Keputusan Terkini Pilihanraya Kecil DUN Merlimau N27 6 March 2011

Update terkini Keputusan Pilihanraya Kecil
 
Siapa pemenang bagi Pilihanraya Kecil DUN Merlimau bakal terjawab sebentar sahaja lagi. Siapakah pemenang kerusi DUN N27 pada kali ini bergantung kepada jumlah pengundi yang turun mengundi.

Calon BN Roslan Ahmad 44, dan calon PAS Haji Yuhaizad bin Abdullah, 38, bakal berentap untuk menentukan kerusi DUN tersebut jatuh ke tangan PAS atau BN

Jentera BN dan PAS sudah mula mengorak langkah dari bulan lepas, keaadaan agak tenang di Merlimau tetapi agak tegang di Kerdau

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: