Permohonan hendaklah dibuat dengan
menggunakan Borang Permohonan Pinjaman Pendidikan yang boleh diperolehi
dari PTPTN atau semua IPT dengan harga RM5 senaskah. Borang permohonan
boleh juga diperolehi melalui pos iaitu dengan menyertakan Wang Pos dan
sampul surat beralamat sendiri (saiz 27cm x 34cm) serta setem berharga
RM2 ke alamat:
Ketua
Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2,
Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara
Heights
50490 Kuala Lumpur
Borang permohonan yang telah
dilengkapkan hendaklah dikemukakan melalui IPT masing-masing mengikut
tarikh yang telah ditetapkan oleh IPT iaitu dua (2) kali pada setiap
semester. Permohonan yang dihantar secara terus ke PTPTN tanpa melalui
IPT tidak akan dilayan.
Setiap permohonan mestilah dilampirkan
bersama SATU SALINAN dokumen sokongan yang
telah DISAHKAN seperti berikut:
-
Kad
Pengenalan pemohon; (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada
muka surat yang sama)
-
Surat
Tawaran dari IPT;
-
Sijil
SPM (salinan transkrip keputusan peperiksaan SPM hanya diterima jika
tidak melebihi tempoh DUA TAHUN dari tahun peperiksaan kepada tahun
pinjaman PTPTN dibuat;
-
Sijil kelayakan masuk lain (contoh: STPM/ Diploma/ Matrikulasi/ Ijazah
Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana (Master) (surat pengesahan tamat pengajian
dari IPT perlu disertakan jika pemohon belum menerima sijil dan tiada
pengesahan tamat pada transkrip peperiksaan);
-
Buku/ Penyata nombor akaun persendirian
mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing;
-
Slip Gaji atau Kad Pesara Kerajaan
atau Borang Pengesahan Pendapatan (EA/EC) atau Borang Pengesahan
Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga dan Pasangan Penjaga / Pemohon dan
Pasangan (format borang pengesahan pendapatan boleh diperoleh
di
sini);
- Sijil Kematian sekiranya
ibu atau bapa kandung meninggal dunia atau Akuan Sumpah sekiranya tidak
dapat dikesan;
- Surat Pengesahan/ Surat Akuan daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat, sekiranya pemohon / ibu /
bapa / penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan;
- Kad keahlian SSPN/ slip deposit SSPN/ penyata akaun SSPN/
cetakan penyata akaun SSPN dari laman web PTPTN;
Bagi pelajar yang
mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen
sokongan berikut diperlukan:
-
Surat pengesahan masih
belajar dari IPT;
-
Salinan
keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya.
(Setiap dokumen
sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan
disahkan oleh pegawai yang layak).
Maklumat kod Institusi Pengajian dan Kod
Kursus boleh diperolehi dari IPT masing-masing atau klik di sini untuk
mendapatkan maklumat berkenaan.
Pegawai yang layak mengesahkan dokumen
adalah seperti berikut:
Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan
Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengamal Undang-Undang, Pesuruhjaya
Sumpah, Jaksa Pendamai, Pengetua, Guru Besar Sekolah (sekolah kerajaan
sahaja), Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera
berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas, Penghulu, Ketua Kampung,
Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum atau Mukim yang bertauliah.
Permohonan yang
tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan akan ditolak
dan borang permohonan tidak akan dikembalikan. Pemohon boleh
mengemukakan semula permohonan dengan menggunakan borang permohonan yang
baru.
Sekiranya pemohon tidak mendapat maklumbalas dalam masa 1 bulan
dari tarikh penerimaan borang permohonan oleh PTPTN, permohonan
tersebut dianggap tidak berjaya.
Sumber:
http://www.ptptn.gov.my
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"