create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label bas ekspres. Show all posts
Showing posts with label bas ekspres. Show all posts

3 February 2011

Kemalangan Bas di Kilometer 245.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Tol Pedas-Linggi

SEREMBAN, 3 Feb (Bernama) -- Seramai 40 penumpang terselamat selepas sebuah bas ekspres yang mereka naiki dalam perjalanan ke Johor terbabas ke laluan bertentangan di Kilometer 245.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Tol Pedas-Linggi, dekat sini, Khamis.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, pemandu bas Transnasional dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kluang itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Bagaimanapun, bas itu tidak dirempuh oleh kenderaan lain di laluan bertentangan itu.

Sejurus selepas kemalangan itu, pemandu bas berkenaan, Sabri Sharom, 48, telah membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Seremban 2 di sini.

Ketika ditemui, Sabri berkata beliau tidak dapat mengawal bas tersebut selepas tayar depan sebelah kanan bas itu tiba-tiba pecah.

Dua buah jentera Bomba dan Penyelamat dari Rembau dan Seremban 2 bersama 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk membersihkan tumpahan minyak di atas lebuh raya berkenaan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan sepanjang lima kilometer di kedua-dua arah lebuh raya itu.

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

20 December 2010

Kemalangan Maut Di Simpang Pulai Cameron Highland

IPOH: Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.


Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.
Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: