11/01/2011 10:11am
KUCHING 11 Jan. - Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) malam tadi.
Bernama difahamkan, empat orang dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.20 malam dan jumlah mereka yang berada dalam pesawat itu belum dapat disahkan.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin A.Rahman ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, pihaknya telah pun menghantar pegawai bersama jurutera AirAsia untuk siasatan lanjut punca kejadian.
"Tunggu kenyataan daripada Menteri Pengangkutan hari ini kepada pihak media,” katanya yang enggan mengulas lanjut. - Bernama
Sumber
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"