create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label nilai matawang. Show all posts
Showing posts with label nilai matawang. Show all posts

8 February 2011

Ringgit Dijangka Cecah 3.00 Berbanding Dolar AS Menjelang Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Ringgit, yang mencecah paras tinggi baharu dalam tempoh 13 tahun pada 3.0345 dalam urus niaga seharian Isnin, dijangka mencecah 3.00 berbanding dolar AS menjelang suku pertama tahun ini.

Ia disokong oleh spekulasi yang bank-bank pusat Asia mungkin menaikkan kadar faedah bagi mengekang tekanan inflasi dan juga permintaan yang berterusan untuk mata wang tempatan.

"Kami menjangka yang ringgit akan lambat laun mencecah 3.00 berbanding dolar dalam tempoh beberapa minggu ini, mungkin menjelang suku pertama tahun ini. Paras akan datang yang kami jangka dicecah ialah RM3.025," kata seorang peniaga mata wang kepada Bernama di sini Isnin.

Indonesia hari ini menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas sebagai sebahagian daripada usahanya menangani tekanan inflasi.

Menurut UOB Economic Treasury Research, bank-bank pusat Filipina dan Korea Selatan kemungkinan mengumumkan keputusan kadar faedah mereka, masing-masing pada hari Khamis dan Jumaat ini.

Filipina dijangka mengekalkan kadar faedahnya kukuh pada empat peratus sementara Korea Selatan mungkin menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus, katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

Sejak bermulanya tahun ini, ringgit telah meningkat 1.3 peratus dan dilaporkan sebagai penyerlahkan prestasi ketiga terbaik di Asia selepas dolar Taiwan dan won Korea Selatan.

Seorang peniaga lain pula berkata yang krisis berpanjangan di Mesir akan terus memberikan impak kepada dolar AS.

Pada penutup hari ini, ringgit mengakhiri urus niaga pada 3.0360/0390 berbanding dolar AS.



-- BERNAMA

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

27 December 2010

Dinar Iraq diapungkan Pada kadar USD3.70 seunit

Berita pengapungan Dinar Iraq menjadi isu hangat setelah US dan Barrack Obaama mengumumkan kemerdekaan penuh kerajaan Iraq di bawah pemerintahan Presiden Iraq yang baru. Mungkinkah ini salah satu spekulasi yang akan menyebabkan terlalu ramai orang percaya dan taksub akan berita pengapungan Dinar Iraq tersebut?

Heboh di duni offline dan juga Online, US bakal mengapungkan Dinar Iraq (IQD) pada harga tambatan 1 Dinar = USD3.70. Pasti ramai yang bakal berkira-kira ingin menjadi jutawan segera..Bila agaknya?..esok, lusa, minggu hadapan atau bulan hadapan.

Nanti dulu, ini adalah sekadar spekulasi, apa-apapun boleh terjadi. Kemungkinan Dinar Iraq akan dicetak baru selepas pengapungan matawang Iraq? mungkin ya..ini bagi memastikan Dinar-dinar palsu tidak dicuci begitu sahaja.

dari segi hukum oula bagaimana? apakah tindakan kita melalukan spekulasi matawang, membeli matawang Iraq ketika harganya jatuh merudum disebabkan tekanan ketenteraan dari US..Ramai saudara seislam kita yang terkorban, merana dan merintih di sana..kita di sini mengaut keuntungan.

Di facebook, di Twitter..semuanya berbicara tentang Dinar Iraq. Apa-apaun mari kita lihat penghujung hikayat Dinar Iraq Bakal diapungkan....



"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

6 July 2010

Carrefour Seluruh Malaysia Bakal Menutup Operasi

Rangkaian Carefour seluruh Malaysia bakal ditutup? khabar angin mengenai isu ini sedang bertiup kencang selepas  laporan agensi Reuters bahawa Carrefour telah memulakan penjualan unitnya di Malaysia, Thailand dan Singapura serta merancang unruk menghentikan operasinya di ketiga-tiga negara itu.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan belum menerima sebarang penjelasan dari pengurusan Carrefour berikutan laporan media mengenai rangkaian pasaraya Perancis itu akan menutup operasi di Malaysia, Thailand dan Singapura.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau menganggap perkara itu sebagai khabar angin selagi belum mendapat penjelasan Carrefour. "Saya pun dengar khabar angin juga. Jadi, sebelum dapat perkembangan, saya anggap khabar angin. Tetapi, adalah tidak betul kalau kita kata pelaburan di Malaysia ini tidak tarik minat pengusaha antarabangsa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: