create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label selebriti corner. Show all posts
Showing posts with label selebriti corner. Show all posts

20 July 2011

Yasmin Hani Bakal Kahwin Dengan Bekas Suami Ida Nerina

Yasmin Hani, 32, mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung Oktober ini dengan bekas pemain dram Black Rose yang juga bekas suami kepada pelakon Ida Nerina iaitu Shahrin Razali.

Jelas Yasmin Hani atau lebih mesra dipanggil Hani, majlis yang akan diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang itu akan diadakan secara kecil-kecilan dan untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

“Saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini iaitu pada bulan Oktober dan majlis tersebut akan diadakan secara kecil kecilan yang akan dihadiri oleh rakan terdekat dan ahli keluarga.

“Segala persiapan perkahwinan, Insya-Allah sudah siap dan hanya tinggal beberapa perkara tentang peraturan perkahwinan yang masih belum selesai,

“Saya hanya ingin melakukan yang wajib sahaja, majlis pernikahan dan perkahwinan akan diadakan pada hari yang sama di Duchess Place, Jalan Ampang,” katanya yang ditemui di Majlis Pra-Tonton drama terbaru Astro Prima, di sini, Isnin.

Tambah Hani, dia yakin keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang adalah masa yang paling tepat, malah dia menganggap kehadiran Shahrin bagaikan melengkapi lagi kehidupannya.

“Saya rasa usia sekarang adalah paling tepat kerana masing-masing sudah stabil dari segi ekonomi, sudah mampu untuk berfikir dengan matang dan mempunyai kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain.

“Lagi pula hati saya sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menjalani kehidupan berkeluarga,” katanya.

Ditanya tentang kelebihan Shahrin di mata pengacara Beat TV ini, Hani berkata Shahrin seorang lelaki yang penyayang dan kelakar.

“Dia seorang yang susah untuk difahami, kadang-kadang keluarga dia sendiri tidak tahu perangai dia.

“Kami banyak berkongsi minat yang sama seperti muzik dan laut, manakala banyak sifat-sifat kami yang saling melengkapi,” katanya.

Sementara itu, bercerita tentang perancangan selepas berkahwin, Hani berkata dia masih terus bekerja seperti biasa dalam industri ini.

30 March 2011

Gosip Engku Emran Bakal Berkahwin, Erra Anggap Lucu

Kesian rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran. Tak habis-habis gosip pasal keretakan rumahtangga mereka. Lepas satu satu. Gosip terbaru, Engku Emran bakal berkahwin lagi.

Gosip terbaru itu timbul ekoran kekecohan di kalangan petugas Bernama TV yang mendakwa Engku Emran merancang untuk berkahwin lagi.

Pelakon Erra Fazira pula menganggap gosip terbaru yang mendakwa suaminya Engku Emran Engku bakal berkahwin lain sebagai sesuatu yang lucu dan tidak benar.

"Saya sendiri sebagai isterinya pun tidak pernah pula mendengar cerita ini. Sebelum ini sudah banyak cerita tentang rumah tangga kami diperkatakan.

"Saya menerima dakwaan ini sebagai sesuatu yang lucu dan menganggap ia tidak benar sama sekali," katanya yang ditemui selepas terlibat dalam program TV3, Wanita Hari Ini di Sri Pentas, Bandar Utama, Selasa.

"Sudah banyak kes yang berlaku apabila rumah tangga artis yang aman damai pun didakwa ada masalah. Jadi saya sudah tidak kisah dengan cerita sebegini," katanya.

Haih...macam-macam...

Semoga rumahtangga Erra & Engku Emran kekal bahagia selamanya.

sumber : mStar Online 

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: