create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

17 June 2010

Falsafah Si Bijak Pandai

1. Marah itu mudah. Tapi marah kepada siapa, kemarahan yang bagaimana, pada saat dan tujuan yang tepat, serta dengan cara apa kemarahan itu berlaku. (Aristotle)

2. Kesakitan membuat Anda berfikir. Fikiran membuat Anda bijaksana. Kebijaksanaan membuat kita mampu meneruskan hidup. (John Pattrick).

3. Jangan sesekali melupakan apa pun yang dikatakan seseorang ketika ia marah, kerana dendam kemarahan akan menjadi perbuatan (Henry Ward Beecher)

4. Kejayaan adalah kemampuan untuk  mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat. (Winston Chuchill)

5. Bakat terbentuk dalam gelombang kesunyian, watak terbentuk dalam riak besar kehidupan. (Goethe)
 

6. Orang yang menginginkan impiannya menjadi kenyataan, harus menjaga diri agar tidak tertidur. (Richard Wheeler)
 

7. Kita hanya berfikir ketika kita menghadapi suatu masalah. (John Dewey)

8.Kesalahan orang lain terletak pada mata kita, tetapi kesalahan kita sendiri terletak di punggung kita. (Ruchert)

9.Sebelum menolong orang lain, saya harus dapat menolong diri sendiri. Sebelum menguatkan orang lain, saya harus  menguatkan diri sendiri dahulu. (Petrus Claver)

10.Lebih baik bertempur dan kalah daripada tidak pernah bertempur sama sekali. (Arthur Hugh Clough)

11.Kebijaksanaan tidak pernah berbohong. (Homer)
 

12.Kebahagian hidup yang sebenarnya adalah hidup dengan rendah hati. (W.M. Thancheray)

13.Dari semua hal, pengetahuan adalah yang paling berharga, kerana tidak dapat dibeli, dan tidak dapat dihancurkan. (Hitopadesa)

14.Bila orang mulai dengan kepastian, dia akan berakhir dengan keraguan. Jika orang mulai dengan keraguan, dia akan berakhir dengan kepastian. (Francis Bacon)

15.Cuma sedikit orang yang menginginkan kebebasan, kebanyakan hanya menginginkan seorang tuan yang adil. maksudnya tidak ramai yang mahu bekerja sendiri (Gaius Sallatus Crispus)
 

16.Tak dihargai, tak dicintai, tidak diperhatikan, dilupakan orang, itu merupakan derita kelaparan yang hebat, kemiskinan yang lebih besar daripada orang yang tidak makan.  (Ibu Teresa)

17.Pengalaman bukan saja yang telah terjadi pada diri Anda. Melainkan apa yang Anda lakukan dengan kejadian yang Anda alami. (Aldous Huxley)

18.Dunia adalah komedi bagi mereka yan memikirkannya, atau tragedi bagi mereka yang merasakannya. (Harace Walpole)
 

19.Kemampuan mengimpikan keinginan merupakan latar belakang dari watak diri sendiri. (John Locke 1632-1704)

20.Kebahagian dari setiap negara lebih bergantung pada watak penduduknya daripada bentuk pemerintahannya. (Thomas Chandler Haliburton 1796-1865)

21.Pendidikan mempunyai akar yang pahit, tapi buahnya manis. (Aristoteles)
 

22.Pendidikan yang baik tidak menjamin pembentukan watak yang baik. (Fonttenelle)

23.Setelah makan, pendidikan merupakan keperluan utama rakyat. (Danton)

24.Sebelum berkahwin saya mempunyai enam teori tentang bagaimana mendidik anak. Kini saya mempunyai enam anak dan tidak mempunyai teori. (John Wilmot, Earl of Rochester 1647-1680)

25.Seorang ahli arkeology merupakan suami yang terbaik untuk seorang isteri; makin tua si isteri, makin besar minat suami terhadapnya. (Agatha Cristie)
 

26.Manusia mudah dibohongi oleh orang yang dicintainya. (Molire)

27.Sebelum menulis, belajarlah berfikir dulu. (Boileau)
 

28.Kemenangan yang paling indah adalah dapat tundukkan hati sendiri. (La Fontaine)

29.Tidak ada yang selembut dan sekeras hati. (G.C. Lichtenberg)

30.Lebih baik faham sedikit daripada salah faham. (A. France)
 

31.Penulis buku jarang intelektual. Intelektual ialah mereka yang berbicara tentang buku yang ditulis orang lain. (Françoise Sagan)

32.Kegagalan adalah hukuman untuk kekalahan. Pemenang adalah penghargaan atas kejayaan. (Bob Gilbert)



33.Lebih baik tahu sedikit, daripada tahu banyak tapi tidak tahu melakukannya (Remedy)

34.Ikut resmi ikan dilaut, biar lama mana pun di laut..isinya tetap tidak akan masin (Remedy)

35.Beri peluang otak berfikir dan beri masa anggota badan bekerja..jangan terlalu memaksa (Remedy)

 

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

3 Motivasi:

♥xaturen♥ said...

Falsafah! erm.. bagus dibaca, bab sebelum ni tak perasan lak.. 33,34,35..!

Legasi Piston Pecah said...

bagus jugak falsafah begini..boleh memberikan semangat dan motivasi pada diri sendiri..
-------------------------------------------
Kesenian Gula Getah

IRAH HAJERAH AZMAN said...

nice!

Lelaki Memang Suka Game Kejar-Mengejar, Tapi Aku Lagi Suka Balik UTM Lewat.

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: