create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

25 June 2010

"Idea Perniagaan Kreatif" Bagaimana dan Bila boleh dapat idea?

Salam dan selamat berhujung minggu untuk semua rakan Blogger dan juga pelawat setia blog Remedy. Pejam celik..pejam celik dah hari jumaat, macam mana perjalanan korang minggu ni? ada perkembangan positif? kalau ada tahniah dari Remedy. Tapi pada siapa yang kurang berjaya minggu ni janganlah anggap diri kita dah gagal. mungkin hari ini...minggu ini kita dilanda masalah, siapa tahu esok...minggu depan ada kejayaan..

Remedy jugak tak terlepas dengan pelbagai dugaan dan ujian dari Allah...dari sekecil-kecil ujian hinggalah sebesar-besar dugaan. Sebagai hambanya yang lemah remedy tetap berfikir secara positif untuk tenangkan hati sendiri walaupun hati di dalam hanya dia yang Maha mengetahui..Remedy yakin pasti ada hikmah setelah segala ujian dan dugaan diberi terhadap Remedy...Remedy jugak berharap korang dapat melihat segala ujian, dugaan dan tekanan dari segi positif...masih ada nilai positif dari perkara negatif. 
Berbalik pada tajuk entri Remedy kali ni, "Idea Peniagaan Kreatif" Bagaimana nak dapat? bila masa paling sesuai untuk dapat idea ni? Sebenarnya kreatif atau tidak kreatif idea tu bergantung kepada bagaimana kita memanipulasi serta mengembangkan idea tersebut. dan untuk mendapatkan idea tidaklah susah dan tidak pula senang. Kenapa remedy katakan tidak susah dan tidak senang?

Begini, Ada 4 jenis manusia yang dikategorikan sebagai pencipta idea:

1. Orang yang senang dapat idea tapi sukar mengembangkan idea.
2. Orang yang sukar dapat idea tapi senang mengembangkan idea. 
3. Orang yang senang dapat idea, senang kembangkan idea tapi tidak pandai laksanakan idea
4. Orang yang sukar dapat idea, sukar kembangkan idea tapi pandai laksanakan idea orang lain

Bagaimana nak dapat idea?. ada pelbagai kaedah atau cara untuk mendapatkan idea yang kreatif. antaranya ialah:

1. Jangan terlalu rajin membaca bahan ilmiah..tapi korang kena rajin memahami maksud bahan ilmiah tersebut.
2. Rajin menggunakan perkataan ini  (Apa, siapa, bila, kenapa, di mana) dan simbol ini "?" dalam kebanyakan gerak kerja, perbualan dan aktiviti harian
3. Biasakan diri korang dalam keadaan tertekan, jangan rasa terlalu selesa..latih akal berfikir secara terbalik...maksudnya berfikir di luar kotak dan melawan arus.

Masa yang paling sesuai?

1. Ketika memandu dalam perjalanan yang jauh
2. Ketika menghadapi tekanan
3. Sewaktu mandi
4. Waktu selepas terjaga dari tidur tengah malam
5. Dalam mimpi


Ok, sebelum entri ni habis, satu perkara yang perlu diingat, Idea, ilham, semuanya datang dari kurniaan ilahi...begitu pantas idea datang...begitu cepat jugak idea pergi...sebab tu kena selalu bawak pen dan kertas...atau alat perakam suara...supaya idea yang datang dapat kita kembangkan..seterusnya laksanakan


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

1 Motivasi:

mrnoble said...

yup. aku slalu dpt idea melodi music pada time2 yg tak sesuai. cam time nak tdo, time tgh mandi takpon time tgh bz. tak sempat nak rekodkan, so hilang begitu saje

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: