Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama 'Namewee' tidak pernah
serik mencetuskan kontroversi. Kali ini dia mencipta klip video muzik
terbaru dengan mempersendakan rakyat Malaysia berkaitan demam bola sepak
Piala Dunia.Klip berkenaan kini boleh diikuti di dua laman perkongsian video popular
iaitu Youtube, http://www.youtube.com/user/namewee dan di dalam
blog peribadinya beberapa hari lalu.
Namewee membuat naratif mengenai bagaimana Malaysia tidak pernah
melepasi kelayakan Piala Dunia dan bagaimana rakyat Malaysia terpaksa
bertaruh dan menonton setiap perlawanan hanya semata-mata untuk merasai
penyertaan mereka dalam acara berprestij dunia itu. Dia turut menyanyikan lagu rap tentang ‘bookie’ haram serta isteri dan
teman wanita peminat bola sepak yang merungut dipinggirkan akibat demam
Piala Dunia.
Video dengan durasi empat minit itu turut memaparkan beberapa wanita
dalam pakaian sukan yang menarik sedang bermain bola sepak.Di dalam blognya, Namewee berkata, dia telah menulis 10 lagu yang
membawakan perasaan berbeza bagi merasai ‘penyertaan’ Malaysia di dalam
Piala Dunia dan menyeru semua untuk berusaha keras demi sukan.
Dia turut mengambil kesempatan dengan memaparkan prestasi Malaysia dalam
perlawanan badminton Piala Thomas lalu dan komen pemain negara, Datuk
Lee Chong Wei serta komen dan punca kegagalan itu di klip video
berkenaan. Pasukan badminton Malaysia telah ditewaskan oleh pasukan dari Jepun dan
Indonesia di dalam Piala Thomas lalu.
Setakat ini, video berkenaan telah disaksikan lebih 151,000 kali dan
telah menarik pelbagai komen termasuk pujian dan kritikan daripada para
penonton. Tiga tahun lalu, Anak kelahiran Muar yang berusia 27 tahun itu telah
menggemparkan negara apabila mencipta klip video lagu Negaraku yang
menghina lagu kebangsaan.
Dia menyanyikan lagu rap dalam bahasa Cina dengan menggunakan latar
belakang lagu Negaraku.Ekoran kejadian itu, dia disiasat beberapa kali oleh Bahagian Siasatan
Jenayah Perdagangan di ibu pejabat Bukit Aman dan diminta untuk
menterjemahkan lagu itu ke bahasa Malaysia.Namewee juga pernah muncul dengan kontroversi lain menerusi klip video
yang mengutuk Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Dalam klip video menggunakan tajuk ‘Namewee F*** TNB’ yang dimuat turun
di Youtube itu bermula selepas dia naik berang apabila bekalan elektrik
di rumahnya asyik terputus.
Antara kontroversi lain yang dicetuskan oleh anak muda ini ialah apabila
dia memberikan pandangan yang menyentuh sentimen terhadap sistem
sekolah aliran Cina.Dan di sebalik kontroversinya itu, Namewee turut dilaporkan bercadang
mendapatkan dana daripada Finas untuk membuat filem pendek.
Sumber asal : http://carigold.com/forum
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
9 Motivasi:
pelik betul mamat nih?apa sebab ye?dia dengan mudah nak kongsikan pendapat bebasnya tuh...tak fikir perasaan orang lain yang tengok ker?ish...apa nak jadi lah!
-------------------------------------------------------
Mari Memboikot Israel Dengan Avatar Ini
@Legasi Piston Pecah
inilah namanya manusia x pernah diuntung...awak buat silap...org dh maafkan sekali...kali ni...mau kena ISA mamat ni...
ape2 je lah budak ni...
x kan pihak berkuasa tengok jerr....
budak baik ni... hahaha
@Bean
budak ni kurang kasih sayang...nanti antar penjara simpang renggam...baru dpt kasih sayang
@ell
tgh kena aim lah tu...tunggu masa sesuai..
@Anonymous
budak ni memang baik...baik dibang keluar malaysia jer...
orang mcm nieh yg tak suka duduk kt malaysia...tak pernah bersyukur ptut dibuang negara je
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"