create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

14 December 2010

Berniaga Cara Orang Kampung, Untung Cara Orang Bandar (Part 1)

Salam rakan-rakan, remedy mulakan dengan lafaz Bismillah untuk memulakan entri yang mungkin agak pelik kepada pembaca dan pengunjung blog kitaransemula. Sebelum ni blog remedy bincang tentang "Pelupusan Komputer", tips dan tutorial untuk blogging dan sekrang "Remedy Jual Kerang".Apa semua ni remedy? sabar, kalau perhatikan betul-betul tajuk entri tu apa yang korang fikir? sebenarnya, remedy nak kongsikan sedikit pemgalaman remedy dalam perniagaan. Bermula dengan berniaga cara orang kampung, melangkah ke cara perniagaan orang kampung masuk bandar dan seterusnya, perniagaan orang bandar pulang ke kampung. Agak-agak faham tak cerita remedy ni?



Pengalaman remedy jual kerang..membesar dalam keluarga nelayan di persisir laut cina selatan...ya remedy lahir di Pontian, Johor dalam kelurga nelayan...asam pedas sembilang memag kegemaran..siput sedut jadi rebutan...begitulah serba sedikit latar belakang hidup orang kampung bernama remedy...remedy jual kerang...bila remedy nak jual kerang ni? sabar...

Hanya kerana sepasang kasut bola yang ditandatangan oleh Fandi Ahmad, peh..kasut bola jenama Lotto saiz 7...limited edition sign by Singapore Star Player masa tu...Fandi Ahmad...kalau tak silap remedy harga pada masa tu dalam SGD 100.00..duit Malaysia dalam RM 220. Selama 5 bulan remedy mencari kerang dan jual rumah ke rumah di kawasan kampung...oh ya...nama kampung remedy agak pelik sikit..."Kampung Rimba Terjun"..pernah dengar tak? dan selama 5 bulan tu juga aktiviti harian remedy selepas balik sekolah petang (sekolah agama) dihabiskan dengan mencari kerang.



Kerang ni ada dua jenis kalau korang nak tau...jenis pertama, kerang yang biasa kita beli dekat pasar tu...tapi kalau di kampung remedy besar-besar..dekat pasar tu semua kerang yang dibeli..so saiz dia sama jer...Jenis yang kedua kerang bulu...yang jenis ni memang korang takkan dapat jumpa dekat pasar..sebab memang susah nak dapat..dan kerang jenis ni cengkerang dia susah sikit nak buka berbanding kerang biasa. Kerang ni korang kena kutip dalam lumpur...ha cari jer lubang dia..seluk pakai tangan..adalah kerang dalam lubang tu...Tapi kalau musim lumpur ciaw (Paras Lumpur Dalam)..jngan harap nak dapat kerang...



Dalam sehari, remedy dapatlah kutip dalam 10 kilo kerang..masa tu jual dah siap timbang dan bungkus dalam plastik sekilo-sekilo dan harga remedy jul pun cuma RM0.80 sekilo..."mak bulat ambik sekilo tau" kata salah seorang pelanggan tetap yang kami di kampung panggil "Mak Bulat"...apa remedy jawab...ambiklah 2 kilo mak bulat...kalau ambik 2 kilo rm1.50...laju mak buat sambar 2 kilo...ha ha...ayat pancing baik punya...

Macam tulah selalunya promosi yang remedy buat time jual kerang kat orang kampung. Tapi sepanjang 5 bulan cari duit dengan jual kerang tu..agak-agak korang dapat tak remedy beli kasut bola tu? tiap-tiap hari manabung....nantikan sambungan dalam (Part 2)...remedy akan ceritakan pengalaman Remedy Kerja Cuci Kereta"

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

12 Motivasi:

Afrezal Karim said...

hmm interesting.. thanks for sharing

REMEDY KARUNG GUNI said...

To Riezal: Terima kasih u..jangan lupa follow part 2

mrnoble said...

5 bulan lama jugak tu, rasanya dpt.
ok tunggu part 2 lak :D

REMEDY KARUNG GUNI said...

To Mr Noble: He ke...nantikan episod 2...thnk nobel..rajin betul bro dtg sini...salute

Puput. said...

bila kejadian ni?hehe..murah giler kerang sekilo b kupang..^^

REMEDY KARUNG GUNI said...

To Puput: Kejadian ni berlaku time tu remedy darjah 5...lama dulu

izyantyPersonalTaste said...

menarik sangat....sy ska cara remedy berfikir....

tengkorakemas said...

baru tau pasal kerang..sebelum ni makan je

tq for info kerang :D

secantikmanis said...

orang asal pontian ke
saya duduk permas..
kampung rimba terjun tu tidak pelik pada pendengaran saya en remedy

jack said...

kerang rebus satu pinggan bang... :P

topijerami90 said...

hahaha,kedekut nya mak bulat 2

ayie said...

rindu nak makan kerang..ini lah nasib jd perantau..hehe..dkt kolej da la xbole nak masak sndiri..hmm..tgk gambar je la

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: