Pada mulanya, saya pakai seluar sendat tapi apabila babak menakutkan
itu hendak dimulakan saya terus tanggalkan seluar itu. Ketika itu hanya
saya dan jurukamera saja berada di situ. Selepas babak itu selesai,
seorang kru produksi datang dan memberikan tuala untuk menutup badan
saya," katanya. Secara peribadi, Zul akui, dia rasa gementar dan teruja
dengan babak itu kerana ia tidak pernah dilakukannya selama ini. "Inilah
asam garam menjadi pelakon dan saya anggap ia cabaran terbesar dalam
kerjaya lakonan saya. Untuk menampakkan sesuatu realistik, saya sanggup
berbogel," katanya kepada Rap, semalam.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zul atau nama sebenarnya Nurzul
Suphia'an, 35, berkata, dia sanggup berbogel dalam filem itu kerana
mengikut kehendak skrip Mantra semata-mata. "Babak Muzir berbogel itu
sekadar memenuhi tuntutan perjalanan 'ritual' yakni lelaki yang
mengamalkan ilmu hitam. Selepas mengamalkan ilmu hitam, Muzir terlepas
dari penjara apabila ayat suci Al- Quran 'terpadam' dari dinding bilik
penjaranya. Babak Muzir berbogel itu memang berlaku dalam kalangan
pengamal ilmu hitam di luar sana.
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
6 Motivasi:
tak sangka kan brani btol dia ni..
Sukarnya Menolak Undangan Perkahwinan
sanggup buat apa saje termasuk membelakangkan agama?
ish2...ila juga tidak sangka..heheheh...buat2 xknl la..huuh
sanggup betol...semata-mata kerana watak lakonan itu perlu begitu?
bodo tol zul handy black nih ,
salam,
cets! ku sangkakan pompuan..zul? nama lelaki...adoi..macam-macam lah dunia artis nie...hurm..
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"