create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

12 July 2010

Skirt Pendek dan Penampar

MUAR: Gara-gara memakai skirt pendek dan gagal mematuhi peraturan pakaian seragam sekolah, seorang pelajar perempuan tingkatan enam mendakwa ditampar sebanyak lima kali oleh seorang guru lelaki sehingga meninggalkan kesan lebam.
*GAMBAR HIASAN

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, Rabu lalu, di sebuah sekolah menengah di Jalan Tengku Bendahara di sini, pelajar itu mendakwa terpaksa menanggung kesakitan selepas ditampar.Difahamkan, pelajar itu sebelum ini pernah diberi peringatan oleh guru terbabit supaya mematuhi peraturan memakai skirt sekolah melebihi paras lutut.

Pelajar yang mahu dikenali sebagai Lee berkata, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila dia bersama rakannya berjalan berhampiran bilik guru sebelum dipanggil guru berkenaan.“Saya mengaku salah kerana dua minggu lalu guru itu menegur perkara sama namun saya tidak mempunyai wang mencukupi membeli skirt baru.

“Ketika disoal, saya berjanji mematuhi peraturan itu secepat mungkin tetapi dia seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan,” katanya, semalam.Lee berkata, dia terkejut apabila guru berkenaan menamparnya di pipi kanan sehingga meninggalkan kesan lebam.“Saya bukan saja ditampar lima kali, malah guru itu menuduh saya biadab kerana menjawab soalannya. Saya turut tersinggung dengan kejadian itu selain bimbangkan keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bentayan, Gwee Tong Hiang berkata, beliau kesal dengan kejadian, malah menggesa Kementerian Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah Muar menjalankan siasatan. “Hukuman seperti itu tidak seharusnya dipraktikkan di sekolah kerana ia boleh mengundang masalah tidak diingini,” katanya.

Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Ramli Abd Samat, berkata pihaknya sudah menerima aduan berkaitan kejadian dan tindakan akan diambil termasuk mengadakan pertemuan membabitkan kedua-dua pihak. “Siasatan lanjut akan dilakukan selepas ini, sebelum tindakan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Kata Remedy,
"Sekarang ni kalau di tempat kerja ada pekerja yang pakai skirt pendek atau seluar ketat2, lain pulak kisahnya, Tampar tetap kena tampar, tapi tamparannya tepat di punggung"

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

6 Motivasi:

mrnoble said...

"Sekarang ni kalau di tempat kerja ada pekerja yang pakai skirt pendek atau seluar ketat2, lain pulak kisahnya, Tampar tetap kena tampar, tapi tamparannya tepat di punggung" <-- tu sexual harrassment namanya :p

diraja22 said...

serba salah guru dibuatnye..

applesakura said...

budak2 skunk nih lemak berkeping2 haish!

Aini said...

lemak memang berlemak lemak tuh...

Cipina said...

amboi amboi budak2 skarang. mngada2 aihh..
kat sekolah dulu kalau ada student tak pakai kain skolah ikut kriteria, cikgu disiplin akan bagi kain batik lusuh yang kalau duduk kena hati - hati sebab takut koyak soh dia pakai sampai abes skolah. kalau esok melakukan perkara yang sama, dia akan diberi kain yang sama sampai la dia tukar kain yang betul2 ikut kriteria.

Anonymous said...

baguslah...negara M'sia akan menjadi lebih baik jika ada hukuman sebegini.

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: