create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

12 July 2010

Tom My Star LG Cedera dipukul Akibat Hubungan Terlarang

KUALA LUMPUR 11 Julai - Juara My Starz LG musim ketiga, Tom, atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram cedera setelah dibelasah sekumpulan lelaki di Damansara hari ini, dipercayai berpunca daripada masalah peribadi.




Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, seorang wartawan hiburan Utusan Malaysia, Raja Intan Dianna Raja Azaham, 25, turut dicederakan oleh kumpulan lelaki tersebut.Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah kedai kopi, tidak jauh dari Balai Polis Damansara.

Ia dikatakan berpunca apabila Tom, 25, membantu menumpangkan seorang rakan lelaki bersama isterinya tinggal di rumah penyanyi itu di Pangsapuri Meranti, Sri Damansara tanpa kebenaran keluarga isteri rakannya.Menurut Tom, dia datang ke Damansara setelah dipanggil untuk berbincang dengan keluarga wanita tersebut.


Pada mulanya, perbincangan itu berlangsung dalam keadaan aman. Namun, berlaku sedikit salah faham dan seorang lelaki tiba-tiba menendang Tom."Rakan saya dan suami wanita tersebut juga dibelasah kumpulan lelaki itu," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Damansara malam ini.

Sementara itu, Raja Intan Dianna berkata, dia hadir setelah dihubungi Tom untuk membantu beliau dalam perbincangan tersebut."Saya datang untuk membantu Tom menjelaskan keadaan sebenar kepada pihak keluarga tersebut. "Selepas mereka berbincang, tiba-tiba saya lihat Tom dibelasah. Saya cuba menyelamatkan Tom namun secara tidak langsung saya juga ditendang di perut," katanya.

Keadaan reda selepas pihak keluarga terbabit meminta kumpulan lelaki tersebut berhenti daripada menyerang mereka.Berikutan kejadian itu, Tom cedera di muka, kaki, dan perut manakala Raja Intan Dianna cedera di bahagian badan dan kaki.


Sumber: Utusan Online

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

3 Motivasi:

hudhud said...

huh dayus gila lelaki pukul perempuan. buat je laporan polis, family tk family. menyampah aku ! hehehehe i pulak yg emo :P

Hazzy Ishak said...

kes ape ni, tak paham le.

mrnoble said...

tak kenal pon tom ni? tom cruise tau la :p

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: