KUALA LUMPUR 11 Julai - Juara My Starz LG musim ketiga,
Tom, atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram cedera setelah
dibelasah sekumpulan lelaki di Damansara hari ini, dipercayai berpunca
daripada masalah peribadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, seorang wartawan hiburan
Utusan Malaysia, Raja Intan Dianna Raja Azaham, 25, turut dicederakan
oleh kumpulan lelaki tersebut.Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah kedai kopi, tidak jauh dari Balai
Polis Damansara.
Ia dikatakan berpunca apabila Tom, 25, membantu menumpangkan seorang
rakan lelaki bersama isterinya tinggal di rumah penyanyi itu di
Pangsapuri Meranti, Sri Damansara tanpa kebenaran keluarga isteri
rakannya.Menurut Tom, dia datang ke Damansara setelah dipanggil untuk berbincang
dengan keluarga wanita tersebut.
Pada mulanya, perbincangan itu berlangsung dalam keadaan aman. Namun,
berlaku sedikit salah faham dan seorang lelaki tiba-tiba menendang Tom."Rakan saya dan suami wanita tersebut juga dibelasah kumpulan lelaki
itu," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis
Damansara malam ini.
Sementara itu, Raja Intan Dianna berkata, dia hadir setelah dihubungi
Tom untuk membantu beliau dalam perbincangan tersebut."Saya datang untuk membantu Tom menjelaskan keadaan sebenar kepada pihak
keluarga tersebut. "Selepas mereka berbincang, tiba-tiba saya lihat Tom dibelasah. Saya
cuba menyelamatkan Tom namun secara tidak langsung saya juga ditendang
di perut," katanya.
Keadaan reda selepas pihak keluarga terbabit meminta kumpulan lelaki
tersebut berhenti daripada menyerang mereka.Berikutan kejadian itu, Tom cedera di muka, kaki, dan perut manakala
Raja Intan Dianna cedera di bahagian badan dan kaki.
Sumber: Utusan Online
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
3 Motivasi:
huh dayus gila lelaki pukul perempuan. buat je laporan polis, family tk family. menyampah aku ! hehehehe i pulak yg emo :P
kes ape ni, tak paham le.
tak kenal pon tom ni? tom cruise tau la :p
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"