IPOH: Seramai 27 penumpang, kebanyakannya
pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa
pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan
Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Timbalan Ketua
Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian
manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di
sini.
Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang
beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala
pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.
Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan
Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah
mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari
Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan
mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang
kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan
bertentangan dan terbalik di longkang.
Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"