KUALA LUMPUR 12 Jan. – Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu
(PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang
mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya
palsu dan tidak diperakukan.
Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera
memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan
tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.
“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara
terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran
‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.
“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat
seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk
menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya
kepada Utusan Malaysia hari ini.
Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh
institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada
2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan
undang-undang kepada ahli kerabat itu memandangkan individu tersebut
telah diisytihar muflis beberapa tahun lalu.
Menceritakan pengalamannya, kata Mohd. Ali, ‘nafsu’ untuk memakai
gelaran ‘Datuk’ pada masa itu timbul kerana berfikiran ia boleh
memudahkan urusan perniagaannya sebagai kontraktor.
Namun, katanya, ia tidak lagi perlu kerana menginsafi gelaran itu
diperoleh secara palsu dan berpendapat ia boleh mendatangkan kemudaratan
kepadanya dari segi sosial dan ketuhanan pada masa depan.
SUMBER
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"