create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

31 January 2011

Gengster India dalang seludup dadah ke Malaysia

NEW DELHI 31 Jan. – Kumpulan gengster India yang dipercayai bersembunyi di Malaysia dan Thailand, mungkin dalang di sebalik penyeludupan dadah ke bandar-bandar utama di Asia Tenggara.
Penglibatan mereka dikesan selepas Unit Anti-Dadah (ANC) di Mumbai menahan dua orang dalam serbuan di sebuah hotel minggu lepas, dipercayai cuba menyeludup 74kg ephedrine atau ”dadah untuk berparti”, lapor sebuah akhbar harian yang berpangkalan di Mumbai.

"Besar kemungkinan anggota kumpulan gengster yang bersembunyi di Malaysia dan Thailand telah meminta bekalan dadah dari India yang begitu mudah diperolehi,” lapor MidDay, memetik sumber.

Hasil soal siasat ke atas dua suspek berusia 24 dan 42 tahun yang ditahan dalam serbuan di Andheri East, Mumbai itu, ANC mendapati mereka diupah oleh kumpulan gengster untuk membawa dadah.

Dadah bernilai hampir RM11 juta itu disembunyikan dalam ruang khas di dalam 11 buah termos.


"Ini adalah kartel. Kami tidak boleh memberi maklumat lanjut kerana kami masih menyiasat. Mereka (suspek) juga tidak banyak memberi maklumat,” seorang pegawai kanan ANC yang mengetahui mengenai siasatan itu memberitahu Bernama hari ini. – Bernama

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: