create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

31 January 2011

Pasukan penilai ke Mesir lihat situasi sebelum pindah pelajar

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan akan berlepas ke Kaherah malam ini mengetuai sepasukan lima orang untuk menilai keadaan semasa di sana serta melihat keperluan memindah lebih 11,300 pelajar serta rakyat Malaysia, berikutan krisis politik dan hura-hara yang semakin memuncak di negara itu.

Kohilan berkata bergantung kepada keadaan, antara penilaian dan pilihan yang akan dibuat ialah mengenai sama ada pelajar dan rakyat Malaysia perlu dibawa keluar terus ke Malaysia mahupun dipindahkan ke negara berhampiran seperti Arab Saudi dan Libya.


Menurutnya antara pilihan yang akan dilihat ialah membawa atau memindahkan melalui jalan darat, laut dan udara, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan di sana yang sentiasa berubah.


Berikutan perkembangan terbaru, beliau berkata kerajaan telah menaikkan tahap klasifikasi keselamatan yang sebelum ini kuning kepada oren kerana “situasi telah mula membahayakan rakyat Malaysia”.


"Jadi kita akan pergi ke sana dan melihat sama ada perlu membawa keluar pelajar-pelajar kita dan rakyat Malaysia atau mempunyai cara lain untuk terus memberi bantuan kepada mereka... kita akan lihat akan kesesuaian (pilihan yang ada)...kita boleh merancang macam macam cara tapi mungkin keadaan di sana agak lain sedikit,” katanya kepada pemberita di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini, hari ini. - Bernama
 

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: