Product Review untuk kali ini ialah sebuah Laptop keluaran HP-Pavillion dm3-1020CA
Model laptop HP siri pavillion ini tampil dengan kemasan rekabentuk luaran yang lebih elegan dan ditambah ciri-ciri menghiburkan di bahagian luaran menggunakan material campuran titanium membuatkan laptop ini lebih ringan dan nipis.
Bagi penggemar "AMD procsessor", laptop ini didatangkan dengan 1.60 GHz AMD Athlon Neo X2 Dual-Core Processor dimana prossessor jenis ini dikeluarkan khas untuk laptop jenis Ultrathin atau super nipis.
Ditambah dengan saiz screen yang tidak terlalu kecil dan tidak juga terlalu besar iaitu LCD skrin bersaiz 13.3” dengan nilai tambah Diagonal High-Definition HP LED BrightView Widescreen Display (1366 x 768) memberi lebih impak kepuasan menonton video dan juga melayari internet dengan jumlah pixel yang memuaskan. Tidak cukup dengan HD, ATI Radeon HD 3000 grafik juga telah tersedia.
Dengan capaian memory sehingga 4GB dan storage sebesar 320gb memang berbaloi memiliki laptop ini sebagai sebahagian dari nilai tambah kehidupan seharian kepada pengguna komputer mudah alih. Didatangkan dengan LAN port, WLAN dan juga bluetooth bakal membuatkan ramai mata melirik pada anda jika digunakan di Starbucks atau McD.
Ciri-Ciri Lain
Berat: 1.85 kg
Ukur Lilit/ Dimension: 12.83"(L)x 9.06"(D)x 0.96"(min H)/ 1.23"(max H)External Port:
Operation System yang dicadangkan ialah windows 7. Tetapi anda bebas memilih OS kegemaran anda dan pastikan ianya Genuine.
Kelemahan: Tiada Internal Optical Drive(perlu guna external atau USB untuk installation)
Nota:
Ingin produk atau perkhidmatan anda di review di sini? Hantarkan Email ke Admin blog ini di irwan_alif@yahoo.com atau anda boleh juga hubungi:
Mobile: 0166059088
YM ID: fulldisk
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"