Walaupun pasaran forex di buka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu,
seseorang trader tidak dapat menjangka bagaimanakah pergerakkan pasaran
seterusnya. Tetapi ianya boleh dilakukan pada waktu yang menguntungkan
sahaja. Jadi, pada waktu yang menguntungkan inilah yang perlu kita
aplikasi segala strategi untuk trading.
p/s: Waktu yang dipaparkan adalah untuk waktu tempatan Malaysia (GMT +8) Waktu terbaik untuk melakukan trading adalah:
p/s: Waktu yang dipaparkan adalah untuk waktu tempatan Malaysia (GMT +8) Waktu terbaik untuk melakukan trading adalah:
Sesi Pasaran Asia ( 8AM - 5PM)
Pada waktu ini, trading yang sesuai anda lakukan adalah matawang yang
berkaitan "Yen". USD/JPY adalah pilihan pair yang terbaik untuk trading
pada waktu ini. Pada waktu ini pasaran tidak serancak seperti sesi
pasaran US dan Eropah, tetapi ianya tidak mustahil untuk mencapai
trading yang menguntungkan pada ketika ini.
Sesi Pasaran Eropah ( 3PM - 1AM)
ni adalah waktu yang paling terbaik untuk melakukan trading bagi apa-apa
pair yang berkaitan dengan EUR. Ini kerana pasaran Major akan di tutup
pada waktu ini dan semestinya market akan bergerak ke satu arah sahaja.
Sesi Pasaran U.S. ( 9PM - 6AM)
Ini juga adalah waktu yang sesuai untuk melakukan trading khasnya untuk
pair USD/CAD. Trend pasaran juga amat kuat pada ketika ini.
Selain itu, antara jam 9PM hingga 1AM, tempoh ini adalah waktu dimana
dua sesi pasaran bertembung iaitu pasaran U.S. dan Eropah. Pair yang di
cadangkan untuk sesi ini adalah GBP/USD yang mempunyai trend yang agak
kuat pada ketika ini. Kebiasaanya tempoh ini adalah "Trend Up" bagi pair
ini. Pada waktu ini juga kebiasaanya berita-berita ekonomi akan di
keluarkan. Matawang GBP/JPY juga sesuai untuk trading pada waktu selepas
pengumuman news,kebiasaanya selepas pukul 12AM dan ke atas.
Sekarang anda sudah mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk
anda meningkatkan keuntungan di forex. Pada waktu tersebutlah anda harus
mengaplikasikan segala strategi dan kajian yang anda miliki. Sebaiknya
semasa anda membuat analisa, gunakan lebih daripada satu pair matawang
kerana kebiasaanya ianya berkait rapat antara satu sama lain contohnya:
- GBP/JPY | GBP/USD | USD/JPY | EUR/JPY (Bergerak satu arah)
- EUR/USD | USD/CHF (Bergerak bertentangan arah)
Yang penting sekali, apabila kita melakukan trading di forex,kesabaran dan displin adalah perkara nombor #1 yang harus anda patuhi. Buangkan ego anda semasa trading.
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
1 Motivasi:
kamu seorang forex trader ke?
indicator simple apa yang kamu selalu guna
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"