Jika sebelum ini anda mempunyai pelbagai pengalaman & teknik bermain
saham dan anda cuba mengaplikasikan ilmu anda bermain saham ke trading
forex anda, maka anda silap. Tidak seperti saham,pasaran forex lebih
kompleks. Ini kerana pasaran forex buka 24 jam sehari dan ini
menyebabkan kecairan yang sangat-sangat tinggi ke atas forex berbanding
saham. Contohnya jika saham, ada tempoh masa naik ataupun turun dalam
masa yang panjang. Tetapi forex bila-bila masa sahaja pasaran boleh naik
ataupun turun tanpa ada jangka masa.
Ramai trader yang mengangap trading forex semudah seperti bermain saham
kerana pasaran forex buka 24 jam sehari. Mereka fikir, bila-bila masa
sahaja boleh buat duit melalui forex tanpa menghiraukan risiko yang
bakal mereka tanggung. Untuk trading forex, anda perlu mempunyai
pengetahuan yang dalam tentang pasaran. Anda perlu tahu masa yang sesuai
untuk trading di forex supaya dapat di selaraskan dengan strategi
pasaran.
Selain itu, Indikator yang biasa anda gunakan di pasaran saham tidak
semestinya boleh digunakan dipasaran forex. Pasaran forex lebih
kompleks. Oleh itu, Indikator saham tidak boleh di gunakan ke atas
trading forex.
Broker forex juga tidak sama dengan broker saham. Kemungkinan atas sebab peraturan forex yang longgar, kebanyakkan broker forex tidak memberikan servis atau layanan yang baik kepada trader. Ianya amat susah untuk mencari broker forex yang baik berbanding broker saham.
Broker forex juga tidak sama dengan broker saham. Kemungkinan atas sebab peraturan forex yang longgar, kebanyakkan broker forex tidak memberikan servis atau layanan yang baik kepada trader. Ianya amat susah untuk mencari broker forex yang baik berbanding broker saham.
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"