KAHERAH 31 Jan. - Empat belas mayat, dua darinya dikatakan anggota
polis, dibawa ke sebuah masjid di Kaherah setelah berlaku rusuhan di
penjara Abu Zaabal ketika tunjuk perasaan anti kerajaan besar-besaran di
seluruh Mesir, lapor AFP.
Penduduk di kawasan sekitar berkata, kesemua banduan telah melarikan diri dalam rusuhan dengan situasi tembak menembak sepanjang malam yang menyebabkan ramai terbunuh.
“Banyak mayat-mayat yang bergelimpangan,” kata seorang penduduk yang enggan dikenali.
Satu sumber keselamatan sebelum itu berkata, berpuluh mayat kelihatan bergelimpangan atas jalan dekat penjara Abu Zaabal, selepas berlaku rusuhan yang membunuh tidak kurang lapan orang banduan semasa tunjuk perasaan anti-rejim di seluruh Mesir sedang memuncak.
Ribuan tahanan mengambil kesempatan melarikan diri ekoran rusuhan itu setelah pengawal penjara meninggalkan pusat kawalan ekoran tunjuk perasan anti-kerajaan yang menyebabkan lebih 100 orang terbunuh. - AFP

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"