create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

31 January 2011

Amaran Hujan Peringkat Merah Di Johor Hingga Isnin

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di beberapa daerah di Johor dan keadaan itu dijangka berterusan hingga Isnin.

Hujan berterusan kadangkala lebat di Muar, Ledang, Segamat, Kluang dan Batu Pahat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangka berterusan hingga Isnin.

Antara kawasan terlibat ialah Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Jasin di Melaka; dan Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Kulaijaya, Johor Baharu dan Pontian di Johor.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sabah dijangka berterusan sehingga esok dan keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

-- BERNAMA

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: