SINGAPURA:
Harga minyak dunia di pasaran Asia melambung hari ini berikutan
kebimbangan pergolakan di Mesir yang mungkin menjejaskan bekalan bahan
mentah menerusi Terusan Suez.
Kontrak hadapan New York bagi minyak mentah bagi perbekalan Mac meningkat 37 sen kepada AS$89.71 setong pada pembukaan dagangan pagi ini.
Kontrak hadapan minyak mentah Brent North Sea juga meningkat 18 sen kepada AS$99.60 setong.
“Harga yang meningkat ini adalah kesan daripada keadaan tidak stabil di Mesir dan kemungkinan urusan bekalan akan terjejas yang melalui Terusan Suez," kata Ben Westmore, pakar ekonomi bagi galian dan tenaga National Australia Bank di Melbourne.
Tom Bentz dari BNP Paribas berkata, kira-kira satu juta tong minyak mentah melalui Terusan Suez setiap hari ini.
“Wujud kebimbangan dalam bekalan minyak mentah yang mungkin terjejas dan ini memberi kesan kepada Eropah melebihi Amerika Syarikat," katanya. - AFP

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"