create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

8 January 2011

Robingah tidak pernah diperkosa Datuk Rais

2011/01/08

KUALA LUMPUR: Pembantu rumah warga Indonesia, yang didakwa diperkosa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, semalam tampil menjelaskan tuduhan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Robingah, 47, yang berkhidmat selama lapan tahun mulai 1999 hingga 2007 itu menjelaskan, sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan Dr Rais, beliau diberi layanan baik dan tidak pernah diperlakukan seperti dakwaan yang kini tersebar luas.
"Saya tidak pernah diperkosa Datuk Rais, khabar angin yang mengatakan saya diperlakukan seperti itu adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Robingah yang berasal dari Banjarnegara Jawa Tengah berkata, sepanjang berkhidmat selama lapan tahun, beliau bersama tiga lagi pembantu rumah berasal dari Indonesia diberi layanan yang baik dan tidak pernah berdepan masalah untuk mengambil cuti balik ke kampung halaman.

"Sepanjang bertugas, saya ditugaskan sebagai penghantar makanan sekiranya ada jamuan di rumah Datuk dan membuka pintu pagar ketika Datuk keluar dan pulang ke rumah.

"Sepanjang mengenali Datuk, beliau seorang yang baik dan sering membelikan buah tangan sekiranya pulang dari luar negara, jauh sekali berkelakuan kasar dengan saya dan yang lain.

"Saya begitu sedia apabila mengetahui dikaitkan dengan Datuk yang jelas boleh menjejaskan namanya di Malaysia dan Indonesia," katanya yang dipetik dalam Media Indonesia (MI) dan Republika.co.id, semalam.
Robingah berkata, beliau berhenti kerja di rumah Datuk pada 2007 kerana kontrak kerja di Malaysia sudah habis, bukannya diperkosa sehingga pulang ke Banjarnegara.

Sejak kebelakangan ini, beberapa laman blog menyiarkan cerita mengaitkan Rais memperkosa pembantu rumahnya pada 2007.

Bagaimanapun, Rais menafikan tuduhan beliau terbabit dalam kes jenayah perkosaan pada 2007 serta semua dakwaan lain yang dilemparkan penulis blog di internet dan parti pembangkang.

Suami Robingah, Sukirman, 52, berkata sepanjang isterinya bekerja di Malaysia, dia tidak pernah mengeluh dan menceritakan keburukan majikannya.

“Kebaikan Datuk menyebabkan saya izinkan Robingah bekerja sehingga lapan tahun, namun terkejut apabila mendapati berita isteri saya diperkosa majikannya tersebar luas,” katanya. 


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

1 Motivasi:

♥ ieRa ♥ said...

dah tampil beri penjelasan..
percaya / tidak?

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: