PETALING JAYA -- Penyerang kebangsaan, Safee Sali melahirkan
keinginannya untuk mencuba nasib pada aksi liga luar negara di Indonesia
kerana menganggap ia peluang terbaik untuk mengembangkan kerjaya bola
sepaknya ke tahap yang lebih tinggi.
Menurutnya, dia sudah 70 peratus hampir pasti akan berhijrah, namun
terserah kepada perkembangan perbincangan yang bakal diadakan di antara
Selangor dan kelab-kelab yang berminat.
Safee bagaimanapun menegaskan keinginannya untuk berhijrah bukan
kerana Liga Malaysia tidak berkualiti, cuma dia berharap dapat bermain
dalam liga antarabangsa, kerana menyedari kerjaya bola sepak adalah
bersifat sementara.
"Sebagai pemain profesional, kalau tak rebut peluang sebegini, rugilah. Peluang ini tidak datang selalu.
"Kalau dapat bermain di luar, baru saya boleh uji kebolehan diri yang
sebenar, di samping dapat mengembangkan cara permainan dan prestasi
saya," katanya kepada pemberita pada majlis meraikan pemain skuad negara
yang menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 anjuran Nike di sebuah kompleks
beli belah terkemuka di sini semalam.
Menurut pemenang Kasut Emas Piala AFF Suzuki itu, tiga kelab Liga
Super Indonesia (ISL) berminat mendapatkan khidmatnya iaitu Persib
Bandung, Persib Balik Papan serta Pelita Jaya.
Tambahnya, sebuah lagi kelab Vietnam bagaimamana pun tidak meneruskan hasrat mereka.
"Saya difahamkan tiga kelab liga Indonesia masih berminat dan saya
menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk menguruskan
segala pebincangan perpindahan," jelasnya.
Safee masih mempunyai kontrak bersama Selangor sehingga November depan.
Kelab-kelab yang mahu mendapatkan Safee dijangka perlu menebus kontraknya untuk membolehkan perpindahannya berlaku.
Menurut Safee, seandainya perjanjian perpindah tercapai, dia tidak
akan berhijrah dalam tempoh terdekat dan masih sempat bermain beberapa
perlawanan untuk Selangor.
Ini kerana, katanya, Liga Indonesia dijangka akan bermula pada Mei tahun ini.
Ditanya mengenai kelab mana yang ingin disertainya, Safee memilih
Persib Bandung kerana jaraknya yang dekat dengan tanah air di selain dia
juga masak dengan persekitaran di wilayah tersebut.
"Saya juga mungkin membawa isteri dan anak bersama, tapi tengoklah keadaan dulu," jelasnya.
Kecemerlangan Safee yang meledak lima gol ketika Kejohanan Piala AFF Suzuki bulan lalu, menaikkan namanya Asia Tenggara.
Rakan-rakan sepasukan seperti ketua pasukan Syafiq Rahim dan
Norsharul Idlan Talaha turut dikaitkan dengan beberapa kelab di
Indonesia.
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"