create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Safee Sali. Show all posts
Showing posts with label Safee Sali. Show all posts

10 January 2011

Safee Sali Pilih Persib Bandung

PETALING JAYA -- Penyerang kebangsaan, Safee Sali melahirkan keinginannya untuk mencuba nasib pada aksi liga luar negara di Indonesia kerana menganggap ia peluang terbaik untuk mengembangkan kerjaya bola sepaknya ke tahap yang lebih tinggi.

Menurutnya, dia sudah 70 peratus hampir pasti akan berhijrah, namun terserah kepada perkembangan perbincangan yang bakal diadakan di antara Selangor dan kelab-kelab yang berminat.

Safee bagaimanapun menegaskan keinginannya untuk berhijrah bukan kerana Liga Malaysia tidak berkualiti, cuma dia berharap dapat bermain dalam liga antarabangsa, kerana menyedari kerjaya bola sepak adalah bersifat sementara.

"Sebagai pemain profesional, kalau tak rebut peluang sebegini, rugilah. Peluang ini tidak datang selalu.
"Kalau dapat bermain di luar, baru saya boleh uji kebolehan diri yang sebenar, di samping dapat mengembangkan cara permainan dan prestasi saya," katanya kepada pemberita pada majlis meraikan pemain skuad negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 anjuran Nike di sebuah kompleks beli belah terkemuka di sini semalam.

Menurut pemenang Kasut Emas Piala AFF Suzuki itu, tiga kelab Liga Super Indonesia (ISL) berminat mendapatkan khidmatnya iaitu Persib Bandung, Persib Balik Papan serta Pelita Jaya.
Tambahnya, sebuah lagi kelab Vietnam bagaimamana pun tidak meneruskan hasrat mereka.

"Saya difahamkan tiga kelab liga Indonesia masih berminat dan saya menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk menguruskan segala pebincangan perpindahan," jelasnya.
Safee masih mempunyai kontrak bersama Selangor sehingga November depan.
Kelab-kelab yang mahu mendapatkan Safee dijangka perlu menebus kontraknya untuk membolehkan perpindahannya berlaku.

Menurut Safee, seandainya perjanjian perpindah tercapai, dia tidak akan berhijrah dalam tempoh terdekat dan masih sempat bermain beberapa perlawanan untuk Selangor.
Ini kerana, katanya, Liga Indonesia dijangka akan bermula pada Mei tahun ini.

Ditanya mengenai kelab mana yang ingin disertainya, Safee memilih Persib Bandung kerana jaraknya yang dekat dengan tanah air di selain dia juga masak dengan persekitaran di wilayah tersebut.
"Saya juga mungkin membawa isteri dan anak bersama, tapi tengoklah keadaan dulu," jelasnya.
Kecemerlangan Safee yang meledak lima gol ketika Kejohanan Piala AFF Suzuki bulan lalu, menaikkan namanya Asia Tenggara.

Rakan-rakan sepasukan seperti ketua pasukan Syafiq Rahim dan Norsharul Idlan Talaha turut dikaitkan dengan beberapa kelab di Indonesia.

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

20 December 2010

Siapa Juara Piala AFF Suzuki Cup Edisi ke-8 (Malaysia Lawan Indonesia)

Juara, siapa bakal dinobatkan juara bagi kejohanan bolasepak berprestij di peringkat Asean? Debaran semakin kuat bagai dibadai taufan bila Skuad Negara kita, Malaysia layak ke final setelah hampa selama 14 tahun menanti detik paling bersejarah.

Tapi awas, pasukan yang menanti kita di Final nanti bukanlah pasukan belasahan malah pasukan yang penuh dengan badi Gelora Bung Karno. Pasukan Indonesia pasti tidak mengambil mudah perlawanan Final pertama yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 hb Disember ini.

Sedikit Info Pasukan Negara:

Ketua Jurulatih: K. Rajagobal
Penolong Jurulatih: Tan Cheng Hoe
Jurulatih Penjaga Gol: Mohd Faozi Mukhlas

Pemain:

1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Sharbinee Allawee (Terengganu)
3. Mahalli Jasuli (Harimau Muda)
4. Mohd Razman Roslan (Selangor)
5. Mohd Sabre Mat Abu (Kedah)
6. Khairul Helmi Johari (Kedah)
7. Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda)
8. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda)
9. Mohd Asrarudin Putra (Selangor)
10. Mohd Faizal Mohammad (Harimau Muda)
11. Mohd Amri Yahyah (Selangor)
12. Amar Rohidan (Perlis)
13. Safiq Rahim (Selangor)
14. Kunanlan Subramaniam (Negri Sembilan)
15. Mohd Ashaari Samsudin (Terengganu)
16. Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
17. Gurusamy Govandar Kandasamy (Harimau Muda)
18. Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor)
19. Safee Sali (Selangor)
20. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
21. Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda
22. Mohd Faizal Abu Bakar (Kedah)

Mampukah pasukan kebanggaan kita Malaysia mengembalikan kegemilangan bolasepak negara dengan membuktikan kali ini kita bukan bermimpi kosong.. Remedy? sudah pastinya Malaysia adalah juara piala AFF edisi ke-8.

Sedikit nasihat kepada penyokong dan peminat setia bolasepak Negara yang bakal berkunjung ke SNBJ nanti...datanglah awal..ini bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dan kesulitan yang tidak diingini. Contohilah seperti sebuah kelab penyokong yang menggelarkan diri mereka ULTRAS MALAYA.  Bersatu hati serta bersemangat penyokong skuad negara dalam apa jua keadaan sekalipun.




"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: