create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

23 February 2011

Gandingan Zizan Raja lawak dan Dira Abu Zahar sebagai Hos Melodi ibarat Pinang tak Berbuah

Desas desus dan khabar angin bertiup kencang membawa cerita Pengacara Melodi bakal ditukar mungkin akan menemui titik noktah. Pengacara sekarang ialah gandingan antara Fara Fauzana (fafau) dan juga Wahid (Senario)..Gandingan mereka berdua ini nampak ada masa depan tetapi Media Prima pasti lebih arif mengatur strategi dalam memancing dan memastikan rating melodi berada di sasaran yang tidak tersasar.

Tweet @Guamalaysia menyatakan bahawa Zizan & Dira telah dipilih sebagai hos baru program Melodi. Tugas akhir Wahid & Fara Fauzana adalah pada 27 Mac di lokasi Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang manakala Zizan & Dira akan mula bergandingan sebagai pasangan hos Melodi pada 3 April 2011.

Lepas keluar kat Harian Metro 13 Februari yang menyatakan Melodi akan mendapat hos baru, aku dah agak mesti Zizan & Dira akan menggantikan mereka berdua kerana selalu menjadi hos jemputan. Mungkin inilah noktah teka-teki yang berlegar di kepala peminat hiburan tanah air.

Persoalan yang wujud ialah apakah rasionalnya menggandingkan Zizan dan Dira? Zizan memang telah terbukti bakal menjadi pengganti Wahid yang sudah kurang bisa lawak...tetapi Dira pula sekadar menjadi pelengkap..Tiada yang istimewa pada pengacara wanita ini...Media Prima masih mempunyai masa untuk mencari partner yang paling sesuai digandingkan bersama Zizan....mungkin idea menggabungkan Zizan dan Johan Raja Lawak boleh difikirkan.


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: