create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

13 February 2011

Kecoh: Khairul Fahmi Che Mat dihimpit VIP

Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 22, terus melekat dihati peminat industri hiburan tempatan apabila berjaya menyelamatkan gawang Malaysia beberapa kali sewaktu berlangsungnya perlawanan Piala AFF Suzuki 2010 di antara skuad Malaysia dengan Indonesia tidak lama dulu.

Malah, penjaga gol kacak ini turut dikaitkan dengan pelakon jelita, Nora Danish yang dalam diam-diam dikatakan turut meminati diri Apex. Kini timbul pula gosip yang terbaru. Kononnya, Apex kini dihimpit oleh wanita-wanita yang terdiri daripada golongan VIP. Lebih keterlaluan, ada pula yang khabar angin yang mengatakan kononnya Apex kini dibela oleh Sugar Mummy.

Ditemui pada sesi kejutan buat peserta Raja Lawak 5 (RL5) di Country Height, Kajang baru-baru ini, Apex nyata amat terkejut serta tidak menyangka gosip sebegini pula melanda dirinya.

"Saya tak tahu apa-apa pun pasal gosip tersebut. Ini pertama kali saya mendengarnya. Apapun, terus-terang, saya memang tak ada hubungan dengan sesiapa termasuklah golongan VIP.

"Saya masih lagi muda. Saya tak mahu layan perkara-perkara macam ini. Dalam fikiran saya hanya bola dan yang lain tu saya tolak ketepi," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Apex menepis tuduhan yang kononnya mengatakan bahawa dia tidak mahu pihak media menulis apa-apa cerita tentang dirinya.

"Saya tak ada pun cakap dengan mana-mana media supaya jangan buat liputan tentang diri saya. Saya takde buat macam tu. Sekali lagi, yang saya tahu hanyalah fokus pada dunia bola sepak saya. Kalau boleh saya tak mahu ambil tahu tentang hal-hal macam tu.

"Lagi pun, saya masih muda dan belum biasa menjalani kehidupan sebegini. Bohonglah kalau saya tak hadapi sebarang tekanan. Saya memang ada rasa tertekan sedikit. Lebih-lebih lagi dengan harapan tinggi yang diberikan masyarakat.

"Bagaimanapun, saya merasakan harapan dan dorongan sebegini amatlah bagus. Tekanan ini boleh bertukar menjadi pembakar semangat buat diri saya," katanya.

Tentang khabar angin yang kononnya mengatakan dia sedang menghadapi krisis dengan kekasihnya sehingga masih belum ada kata putus sama ada mereka akan bertunang atau pun tidak, Apex turut menafikan hal tersebut.

"Saya tak gaduh pun dengan awek saya. Saya bersyukur kerana dia amat memahami saya. Saya tak ada masalah dengan dia dan dia sedikit pun tidak mengganggu saya. Tentang tarikh bertunang tu masih belum ada lagi.

"Sekarang ini pun saya dah semakin sibuk. Awek saya pun sibuk belajar. Saya pun tak pernah digoda oleh wanita lain atau menerima lamaran untuk saya menjadi teman hidup sesiapa. Saya akui kehidupan saya dah berubah 360 darjah.

"Ke mana jua saya pergi sekarang, orang dah kenal saya. Jadi, saya kena lebih menjaga penampilan saya dari pelbagai sudut," jelasnya yang kini menjadi duta produk Puma untuk Mizi Sport Centre.

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

2 Motivasi:

decrewz said...

Errr... Nak jadi cam dia jugaklah tapi melalui dunia blog..he3

mira_nas said...

lepas menikah tak de la kot kontroversi macam ni..

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: