create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

24 February 2011

Kerang Biasa atau Kerang Bulu?...kaitannya dengan sifat usahawan tegar.

Hampir seminggu Remedy tiada sebarang entri terbaru..minggu lepas remedy dikunjungi 2 berita yang menjadi sejarah pada hidup remedy...pada 14 hb rumah dipecah masuk pencuri dan pada 19 hb keluarga remedy bertambah seorang lagi dengan kelahiran cahayamata kedua. So..agak sibuk sikit dan harini baru ada sedikit masa yang dapat dicuri untuk mengarang satu entri.

Kerang biasa atau Kerang Bulu?..mungkin agak kelakar persoalan yang remedy ajukan...tetapi percayalah..setiap entri, remedy akan cuba buat pembaca setia dan juga pembaca baru blog ini tidak jemu dengan tips perniagaan serta petua2 bisnes.

VS


Kerang biasa seperti yang selalu kita dapat lihat dijual di pasar borong atau di restoran..ramai yang menjual kerang jenis ini...kenapa? sebab kerang jenis ini mudah didapati..tetapi remedy yakin kita pasti kurang melihat kerang bulu...sebab kerang jenis ini semakin pupus dan hanya terdapat di kawasan laut berlumpur yang jauh dari paras air laut surut.

Jika dibanding dari segi kekuatan cengkerangnya juga amat ketara...jika kerang biasa cukup sekadar direbus atau dibakar selama tidak sampai satu jam..pasti mulut kerang sudah tersengih....berbeza dengan kerang bulu...kita terpaksa merebus minimum selama tiga jam untuk memudahkan kita membuka mulut kerang bulu.

Apa kaitannya dengan sifat Usahawan? kaitannya jelas...kepada usahawan di luar sana..atau sesiapa sahaja yang bercita-cita untuk menjadi usahawan...pastinya kita sudah jelas akan kaitannya kerang bulu dan usahawan..Biarlah kita menjadi usahawan yang bersifat seperti kerang Bulu...Sukar didapati dan berdaya tahan...kental dari segi mental dan fizikal...Apa yang membezakan seorang usahawan dengan usahawan yang lain? Anda ingin jadi Usahawan Biasa atau Usahawan Tegar....Tapi pastikan landasan halal dan haram dalam perniagaan...janganlah menjadi Usahawan seperti Babi Tunggal...asyik menyondol tak kira masa...he he...

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

1 Motivasi:

penhitam said...

wahh, ada beza ker??

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: