create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

30 March 2011

Banjir Di Selatan Thailand Semakin Buruk

BANGKOK, 29 Mac (Bernama) -- Situasi banjir di selatan Thailand hari ini semakin buruk menyebabkan hampir satu juta penduduk di kawasan itu terjejas dan angka korban mencatatkan 11 kematian setakat ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pemulihan Bencana Wibul Sanguanpong berkata mangsa terbaru korban banjir hari ini ialah Nattanit Thitipornvanit, 20, di Phattalung.

Sementara itu, beribu-ribu penumpang termasuk pelancong terkandas di Lapangan Terbang Koh Samui dan Lapangan Terbang Nakhon Si Thammarat apabila kedua-duanya ditutup sementara sejak semalam.

Penerbangan pertama dari Bangkok ke Samui pada 1.55 petang terpaksa berpatah balik ke Bangkok selepas pesawat gagal mendarat di Lapangan Terbang Samui berikutan angin kuat.

Pulau Koh Samui di wilayah Surat Thani turut menghentikan perkhidmatan botnya berikutan ombak setinggi tiga meter.

Wibul berkata Narathiwat merupakan wilayah pertama yang mengalami banjir selain tujuh wilayah lain -- Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Phattalung, Trang, Chumporn, Songkhla dan Krabi.

Katanya seramai 979,665 mangsa dari 2,763 kampung terjejas dalam bencana banjir itu yang melanda selatan Thailand sejak Sabtu lepas.

Semua perkhidmatan kereta api bagi sektor selatan telah digantung operasinya berikutan banjir, umum State Railways of Thailand hari ini.

Dalam perkembangan lain, lebih 2,000 ekor lembu terbunuh di daerah Omkoi, wilayah Chiangmai sejak minggu lepas akibat cuaca sejuk.

Jurucakap pejabat daerah Omkoi Terdsak Jaruakkara Sheriff berkata daerah itu ketika ini mengalami suhu 7.5 darjah Celsius.

-- BERNAMA

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: