30 March 2011

Amaran Hujan Lebat Di Pantai Timur Dan Utara

KUALA LUMPUR 29/03/2011– Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat Jingga dan peringkat Kuning membabitkan hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di beberapa kawasan Pantai Timur dan Utara semenanjung sehingga 30 Mac ini.

Keadaan itu sekiranya berterusan boleh menyebabkan banjir kilat di lokasi berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai di kawasan terlibat.

JMM melalui satu kenyataan media memberitahu, amaran hujan lebat peringkat kuning dikeluarkan bagi daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang serta di daerah Yan, Sik dan Kuala Muda.

“Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat pula dijangka berlaku di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, dan Kemaman dan situasi sama juga dijangka di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, kenyataan yang sama turut memberi amaran angin Kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori ketiga yang diramal berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga sabtu ini.

Menurut kenyataan itu, angin kencang Timur Laut dan laut bergelora itu dijangka selaju 60 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian 5.5 meter.

Kata kenyataan itu, amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori kedua dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam mencecah ketinggian ombak 4.5 meter pula dikeluarkan bagi kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Kuching, Mukah, Bintulu dan miri, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Pendalaman Pantai Barat dan Kudat, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan.

Manakala, angin kencang Barat dan Barat Daya dengan Kelajuan 50-60 kilometer sejam dengan ketinggian 4.5 yang berlaku dikawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Phuket dijangka berterusan sehingga 30 Mac ini.

“Kawasan terlibat juga diramal mengalami kenaikan paras air laut,” kata kenyataan itu lagi.

Jelas JMM, situasi tersebut membahaya terhadap sebarang aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, kegiatan menangkap ikan dan perkhidmatan feri. -Bernama

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: