create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label ramalan cuaca. Show all posts
Showing posts with label ramalan cuaca. Show all posts

30 March 2011

Amaran Hujan Lebat Di Pantai Timur Dan Utara

KUALA LUMPUR 29/03/2011– Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat Jingga dan peringkat Kuning membabitkan hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di beberapa kawasan Pantai Timur dan Utara semenanjung sehingga 30 Mac ini.

Keadaan itu sekiranya berterusan boleh menyebabkan banjir kilat di lokasi berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai di kawasan terlibat.

JMM melalui satu kenyataan media memberitahu, amaran hujan lebat peringkat kuning dikeluarkan bagi daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang serta di daerah Yan, Sik dan Kuala Muda.

“Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat pula dijangka berlaku di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, dan Kemaman dan situasi sama juga dijangka di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, kenyataan yang sama turut memberi amaran angin Kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori ketiga yang diramal berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga sabtu ini.

Menurut kenyataan itu, angin kencang Timur Laut dan laut bergelora itu dijangka selaju 60 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian 5.5 meter.

Kata kenyataan itu, amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori kedua dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam mencecah ketinggian ombak 4.5 meter pula dikeluarkan bagi kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Kuching, Mukah, Bintulu dan miri, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Pendalaman Pantai Barat dan Kudat, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan.

Manakala, angin kencang Barat dan Barat Daya dengan Kelajuan 50-60 kilometer sejam dengan ketinggian 4.5 yang berlaku dikawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Phuket dijangka berterusan sehingga 30 Mac ini.

“Kawasan terlibat juga diramal mengalami kenaikan paras air laut,” kata kenyataan itu lagi.

Jelas JMM, situasi tersebut membahaya terhadap sebarang aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, kegiatan menangkap ikan dan perkhidmatan feri. -Bernama

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

3 July 2010

Harga Ikan Naik Melambung: RM10 Sekilo

 
 
KUALA TERENGGANU - Harga ikan segar di Terengganu naik sehingga RM10 sekilogram berikutan bekalan tempatan berkurangan sejak sebulan lepas.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan (PNKTS) Hamzah Jusoh berkata, ketika ini Terengganu terpaksa bergantung ikan daripada pantai barat.

"Ikan tempatan sekarang berkurangan dan harganya melambung. Ada bot yang masuk, tetapi tidak ada ikan," katanya di sini hari ini.

Hamzah berkata sebagai contoh harga ikan tenggiri di dalam perahu ketika ini berharga RM21 sekilogram berbanding RM11 sebelum ini dan ikan kembung gred A RM12 sekilogram (RM6).

Beliau berkata, kekurangan bekalan ikan itu jelas dapat dilihat di Kompleks Perikanan Pulau Kambing di sini pukul 8 pagi aktiviti penjualan ikan sudah berhenti berbanding pukul 10 pagi sebelum ini.

"Pendapatan nelayan sekarang amat merosot dan ramai yang tidak keluar ke laut kerana hendak beli minyakpun tidak mampu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, nelayan-nelayan bernasib baik kerana mendapat bantuan kerajaan RM200 sebulan, sekaligus mengurangkan bebanan mereka. - Bernama



"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: