15 March 2011

Bila Biodiesel Akan Mula Dijual?

Bermula Jun ini, pemandu kenderaan berat dan pacuan empat roda yang menggunakan diesel mempunyai pilihan dari segi penggunaan bahan bakar berikutan penjualan minyak biodiesel kelapa sawit B5.

Sebagai permulaan, B5 akan dijual di stesen-stesen minyak terpilih di ibu negara, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka dengan harga yang akan diumumkan kemudian.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Choo Yuen May berkata, sebanyak 200,000 tan metrik bahan api alternatif itu akan dipasarkan pada tahun ini.

"Penggunaan biodiesel dapat mengurangkan kebergantungan terhadap minyak diesel yang bekalannya semakin berkurangan di seluruh dunia selain mengurangkan pengaliran wang keluar berikutan import bahan api itu," katanya ketika berucap pada Persidangan Dunia Hijau di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof. Datuk Dr. Rofina Yasmin Othman; Penasihat kepada Lembaga Pengarah Meja Bulat Minyak Sawit Mapan (RSPO) dan Duta Brazil ke Malaysia, Sergio De Souza Fontes Arruda. 

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: