create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

15 March 2011

JPA Sedia Kaji Ringkaskan Kaedah Isi Borang Rasmi Kerajaan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedia mengkaji untuk mempermudahkan kaedah mengisi borang rasmi kerajaan termasuk tidak mewajibkan pemohon menyatakan bangsa semasa membuat permohonan.

Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata cadangan memansuhkan ruang maklumat dalam borang tidak tertumpu pada kaum tetapi "apa yang tidak diperlukan" seperti tempat lahir dan sebagainya.

"Kalau boleh kita mahu ringkaskan proses mengisi borang rasmi kerajaan... Kerajaan mahu memudahkan proses mengisi borang dan memberi kepuasan kepada semua pelanggan yang berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Negeri Sarawak di sini Isnin.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan untuk memansuhkan maklumat bangsa dalam borang rasmi kerajaan.

Namun begitu, beliau berkata maklumat seperti bangsa dan kaum diperlukan untuk mendapatkan statistik dan memastikan pembahagian yang nyata.

Sebagai contoh pemberian biasiswa JPA, beliau berkata maklumat seperti bangsa diperlukan untuk memastikan ia diberikan mengikut kuota kaum selain diagih mengikut meritokrasi.

Terdahulu, dalam ucapannya, Abu Bakar menyarankan agar penjawat awam yang terlibat secara langsung dengan pengurusan projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) perlu memastikan projek itu dilaksanakan dengan lancar dan peruntukan dibelanjakan dengan berhemah.

"Dalam melaksanakan projek di bawah RMK-10, kita tidak seharusnya sekali lagi terperangkap dalam keadaan yang sama seperti dalam pelaksanaan projek di bawah RMK-9. Kita harus bertekad agar segala kelemahan dan kegagalan akan menjadikan iktibar supaya ia tidak berulang dalam RMK-10.

"Bagi projek-projek sambungan RMK-9 saya meminta supaya semua terlibat mesti memastikan ia dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.

Abu Bakar turut menyarankan agar semua jabatan dan agensi kerajaan mengutamakan pelaksanaan projek yang penting dan bagi projek yang tidak ada keperluan mendesak, perancangan perlu dikaji semula.

"Dalam usaha untuk mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan, setiap projek hendaklah dilaksanakan secara nilai untuk wang," katanya.

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: