create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

15 March 2011

Piala Dunia 2022 di Malaysia

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia untuk membentuk satu konsortium membantu pembidaan syarikat-syarikat tempatan bagi projek daripada Piala Dunia 2022 di Qatar.

"Projek-projek di Qatar adalah sangat besar dan suara yang kecil akan kurang mendapat peluang untuk membida. Oleh itu, perlu bagi kami untuk mengumpulkan mereka bersama-sama," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Dr Wong Lai Sum.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas seminar mengenai,"Projek Qatar 2022: Menjalankan Perniagaan dan Peluang dalam Industri Pembinaan di Qatar", di sini, Isnin.

Beliau berkata Matrade juga sedang berbincang dengan Exim Bank dan SME Bank untuk membantu dengan dana bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meneroka ke luar negara.

Bagi membantu syarikat tempatan memahami dengan baik situasi di Qatar, Matrade akan menganjurkan satu misi pemasaran khusus mengenai pembinaan dan bahan binaan ke negara itu dari 2-5 Mei.

Misi itu juga bersempena dengan Ekspo Teknologi Pembangunan dan Bahan Binaan Kelapan di Doha, Qatar.

Wong berkata Matrade yakin syarikat-syarikat Malaysia boleh memperoleh beberapa projek di Qatar.

Ini berdasarkan kepada rekod prestasi syarikat Malaysia yang telah terbukti di sana.

"Bagaimanapun, sukar untuk menjangka bilangannya, kerana Qatar masih belum merancang sepenuhnya projek pembangunannya
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: