15 March 2011

Kesan Radiasi: 50 ribu Ikan Mati di Kota Tinggi?

Adakah ini kesan radiasi dari loji nuklear bocor di Jepun?

Siasatan sedang dijalankan. 

KOTA TINGGI 14 Mac - Seorang penternak ikan kerugian kira-kira RM320,000 apabila lebih 50,000 ekor ikan siakap yang diternak di dalam sangkar di Sungai Sedili Kecil di sini mati secara tiba-tiba kelmarin.

Penternak ikan tersebut, Zakaria Jaafar, 57, berkata, kejadian itu hanya disedari awal pagi kelmarin ketika dia dan tiga pekerjanya tiba di sangkar itu yang terletak di kuala Sungai Sedili Kecil.

"Pada mulanya hanya separuh daripada ikan siakap yang dibela mati ketika kami tiba di sangkar tersebut kelmarin.

"Bagaimanapun, bila kami datang semula hari ini, habis kesemua 50,000 ekor ikan yang diternak dalam 114 buah sangkar mati," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, kelmarin.

Zakaria berkata, dia bingung dengan kejadian tersebut dan tidak mengetahui punca kesemua ikan ternakan tersebut mati.

Katanya, dia mendapatkan benih anak ikan siakap tersebut dari utara tanah air dan diberi makan dua kali sehari.

"Kebanyakan ikan yang mati seberat di antara 500 hingga 700 gram seekor dan hanya menunggu masa untuk digredkan saiznya sebelum dijual di pasaran tempatan dan Singapura.

"Sebanyak 21 ekor ikan induk seberat antara lima hingga 10 kilogram yang berusia tiga tahun yang disimpan untuk benih turut mati," katanya.

Zakaria memberitahu, kejadian seumpama itu adalah yang paling buruk menimpanya sejak dia memulakan perniagaan 12 tahun lalu.

Sementara itu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar yang turut melawat kawasan kejadian meminta pihak berwajib agar menyiasat punca sebenar kematian ikan tersebut

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: